Lelaki Patahkan Palang Tol Guna Tangan Gara-Gara Bengang Baki Tak Cukup?

Entertainment
14 Oct 2022 • 1:43 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Sebagai pemandu, kita mesti pernah rasa cemas bila RFID ataupun SmartTAG kita tak dapat detect ataupun baki kita tidak mencukupi. Lagi-lagi bila dekat belakang dah banyak kereta beratur, mesti kita berpeluh masa tu.

Dalam keadaan itu, mesti kita akan mengundurkan kenderaan untuk beri laluan kepada kereta di belakang kita kan? Tapi itu bukan apa yang dilakukan oleh seorang lelaki di plaza tol Sunway ini.

Menerusi video yang dikongsi di laman sosial Facebook, menunjukkan seorang lelaki yang mematahkan palang tol dengan hanya menggunakan tangannya. Kuat betul abang ni boleh patahkan macam tu je..

image is not available

Anda boleh tengok video asal di sini.

Setelah 2 kali dia cuba mengundurkan kenderaannya, namun palang tol tetap tidak dinaikkan. Perasan marah menguasai dirinya apabila dia turun dari keretanya dan bertindak mematahkan palang tol tersebut.

Tambahan pula, dalam video tersebut, kita dapat mendengar lelaki yang sedang merakam memberitahu punca palang tol itu tidak dibuka adalah kerana baki kereta (di hadapan) tidak mencukupi.

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen tidak bersetuju dengan tindakan lelaki tersebut.

image is not available

Tidak dinafikan memang ramai yang mempunyai masalah dengan RFID ini, tapi itu bukan alasan yang kukuh untuk lelaki itu bertindak sebegitu. Macam mana pun, kita tunggu je lah siasatan lanjut dari pihak berkuasa..

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.