Lelaki Persoal Tandas Dapat Penarafan 5 Bintang Tapi Lantai Kotor [Video]

20 Jun 2025 • 12:23 PM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

image is not available

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Pada masa kini, terdapat pelbagai inisiatif bagi menggalakkan orang ramai untuk menjaga kebersihan tempat awam contohnya seperti tandas.

Bila sebut tentang tandas, pasti korang perasan ada tandas yang disediakan pihak swasta mendapat pengiktirafan 5 bintang.

Kebiasaannya, tandas yang mendapat rating sebegini mempunyai tahap kebersihan yang amat bersih.

Tandas Dapat Pengiktirafan 5 Bintang Tapi Keadaan Tak Macam 5 Bintang

Namun, lain pula dengan sebuah tandas di stesen minyak yang dikunjungi oleh seorang lelaki ini.

Menerusi video yang dikongsikan di TikTok @alifffroslan, tertera kertas yang menunjukkan tempat awam tersebut mendapat pengiktirafan 5 bintang dan dikategorikan sebagai amat bersih pada pintu tandas lelaki berkenaan.

Apa yang menjadi perhatian lelaki itu mendakwa keadaan tandasnya tidaklah melambangkan pencapaian 5 bintang itu.

Manakan tidak, kelihatan lantai tandas berkenaan basah dan dipenuhi dengan kotoran seperti kesan tapak kaki yang bersalut tanah serta air yang sememangnya membahayakan pengguna.

Pam Tandas Tidak Dipasang Dengan Rapi

Bukan itu sahaja, pam pada salah sebuah tandas tersebut tidak diselenggara dan dipasang dengan baik.

Ini kerana ketika lelaki berkenaan menarik pam itu, kelihatan paip pam berkenaan diletakkan terus ke dalam lubang tandas menyebabkan air terus masuk ke dalam lubang tandas itu.

Kedengaran lelaki berkenaan hairan dan mempersoal bagaimana tandas tersebut boleh diiktiraf sebagai amat bersih dan mendapat 5 bintang.

“Ini siapa yang bagi kau 5 bintang, amat bersih ni? Siapa yang bagi? Pakai orang dalam ke apa?

“5 bintang la sangat, pam pun direct terus,” katanya dengan nada tidak puas hati.

Melalui perkongsian tersebut, dapat dilihat rating 5 bintang itu diberikan oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) ketika pemeriksaan pada 9 Jun.

Namun, tahunnya tidak dapat dipastikan kerana ia kelihatan seperti tahun 2025 atau 2023.

Tonton video penuh [DI SINI]

Netizen Turut Sama Terkejut, Pencapaian Tak Sama Dengan Realiti

Video yang telah mendapat lebih 117,000 tontonan nyata menarik perhatian pengguna media sosial.

Mengintai ke ruangan komen, ramai yang terhibur melihat keadaan tandas sebegitu rupa dan tidak sama seperti pencapaian yang diperolehi.

Malah, ada yang berpendapat kemungkinan tandas tersebut berada dalam keadaan sempurna hanya pada hari ia diperiksa.

Namun, semakan kami pada video mendapati tandas tersebut tidaklah seteruk seperti yang dikatakan.

Hanya Lantai Yang Kotor

Ini kerana hanya lantainya sahaja yang kotor manakala permukaan lain masih lagi dalam keadaan baik.

Berkemungkinan keadaan kotor itu berlaku sebelum lelaki berkenaan masuk ke tandas atau mungkin ia terjadi ketika di luar dari jadual pembersihan.

Ini memandangkan kerja-kerja pembersihan dilakukan secara berkala dan mengikut jadual.

Info Tentang Penarafan & Pengiktirafan Bintang Tandas Awam

Untuk info, Garis Panduan Star Rating Kebersihan Tandas Kegunaan Awam Oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) mula dilaksanakan sejak tahun 2012.

Namun, penarafan ini telah ditingkatkan lagi dengan pembaharuan tahap Bersih, Menawan dan Wangi (BMW).

Terdapat 7 kategori kriteria pemarkahan dan penarafan tandas awam yang dikeluarkan oleh Jabatan Kerajaan Tempatan, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT).

Kriteria tersebut adalah;

  • Tandas Premium/Eksklusif – mencapai penarafan 5 bintang dengan tambahan ciri mewah
  • 5 Bintang – mencapai markah penilaian 91% hingga 100% dan layak mendapat status BMW
  • 4 bintang – mencapai markah penilaian 81% hingga 90% dan layak mendapat status BMW
  • 3 bintang – markah penilaian bermula 71% hingga 80% dan berstatus memuaskan
  • 2 bintang – markah penilaian bermula 61% hingga 70% dan berstatus sederhana memuaskan
  • 1 bintang – mencapai markah 51% hingga 60% dengan pencapaian kurang memuaskan
  • Tiada Bintang – capai markah 50% ke bawah dengan status kotor

Kebiasaannya, terdapat kriteria tertentu terutama dari aspek kebersihan, pengudaraan, alat kemudahan sanitari seperti sabun dan bahan pewangi dinilai sebelum premis diberi pengiktirafan.

image is not available
Foto: KPKT

Sijil Pengiktirafan Boleh Ditarik Balik

Tahukah anda, sijil pengiktirafan ini boleh ditarik semula sekiranya pemilik tandas mencapai kriteria seperti berikut;

  • Gagal mengekalkan tahap penilaian pengurusan kebersihan tandas seperti yang telah ditetapkan
  • Gagal mematuhi atau melanggar mana-mana syarat perlesenan oleh PBT
  • Gagal mematuhi mana-mana peraturan berkaitan yang akan ditetapkan oleh PBT atau badan kawal selia dari semasa ke semasa.

Oleh sebab itu, bagi premis yang mencapai pencapaian 3 hingga 5 bintang, pemeriksaan ulangan dijalankan enam bulan sekali atau mengikut keperluan dan aduan.

Ini antara komen menarik pengguna TikTok:

“Biasanya Waktu Masuk Pertandingan Je Kita Akan Keluarkan Senjata Rahsia Untuk Dapat 5 Bintang”

image is not available

“Macam Bintang Tahun 2023 Punya”

image is not available

“5 Bintang Tu Masa Pembukaan Memanglah Elok”

image is not available

Source: