Jerebu: Latihan atlet ke Sukan Asia dilakukan di tempat tertutup

29 Aug 2026 • 3:19 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Jerebu: Latihan atlet ke Sukan Asia dilakukan di tempat tertutup

SUNGAI PETANI: Latihan serta persiapan atlet-atlet negara menjelang Sukan Asia Aichi-Nagoya 2026 di kawasan terbuka akan dikurangkan susulan keadaan jerebu yang masih melanda ketika ini.

Menteri Belia dan Sukan, Dr Mohammed Taufiq Johari berkata, keputusan itu dibuat selepas perbincangan bersama Institut Sukan Negara (ISN) dalam usaha menjaga kebajikan dan kesihatan atlet.

“Keputusan dicapai adalah latihan di kawasan ‘outdoor’ akan dikurangkan dan atlet akan lebih membuat persiapan di dalam dewan berikutan keadaan jerebu yang berlaku sekarang.

“Ini dilakukan bagi memastikan persiapan mereka ke Jepun tidak terganggu selain kesihatan mereka berada pada tahap terbaik sepanjang masa,” katanya selepas Program Jelajah Sungai Petani di Padang Awam Taman Sinar Intan, di sini semalam.

Beliau berkata, kementeriannya juga akan bekerjasama dengan Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) bagi memantau perkembangan semasa melibatkan keadaan jerebu.

“Walaupun tiada lagi prosedur operasi standard (SOP) berkaitan latihan atlet di dalam dewan, namun hasil perbincangan bersama beberapa kementerian sebelum ini keadaan itu perlu jika cuaca jerebu semakin teruk hingga boleh mengganggu persiapan atlet.

“Kita berharap keputusan ini tidak menimbulkan masalah kepada mana-mana pihak berikutan keadaan cuaca jerebu sedangkan persiapan perlu diteruskan oleh atlet yang akan menyertai sukan besar itu yang dijadualkan bermula 19 September ini.

“Buat masa sekarang tahap kesediaan kesemua atlet berada pada tahap terbaik bagi mencapai sasaran pingat dalam kejohanan itu,” katanya.- UTUSAN

The post Jerebu: Latihan atlet ke Sukan Asia dilakukan di tempat tertutup appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved