Tujuh warga Yaman ditahan aksi bahaya rai perkahwinan rakan

29 Aug 2026 • 10:12 AM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

Tujuh warga Yaman ditahan aksi bahaya rai perkahwinan rakan

SHAH ALAM, 29 OGOS: Tujuh lelaki warga Yaman ditahan selepas melakukan aksi berbahaya ketika menaiki dua kenderaan di Jalan Sungai Besi, Kuala Lmpur pagi semalam.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur Asisten Komisioner Mohd Zamzuri Mohd Isa berkata kejadian jam 12.30 tengah malam itu dikesan susulan video tular di Threads.

Menurutnya, siasatan awal mendapati kedua-dua kenderaan sedang bergerak di Jalan Sungai Besi menghala ke Jalan Bukit Bintang ketika penumpangnya bertindak mengeluarkan badan dan duduk di atas tingkap pintu kenderaan.

“Kesemua individu terbabit adalah tujuh lelaki warga Yaman berusia antara 23 hingga 26 tahun.

“Lima daripada mereka adalah pelajar sebuah universiti awam di Kedah, manakala dua lagi lepasan universiti,” katanya dalam kenyataan, lapor Berita Harian.

Mohd Zamzuri berkata hasil soal siasat terhadap pemandu mendapati aksi berkenaan dilakukan semata-mata untuk berseronok bagi meraikan perkahwinan seorang rakan.

Katanya, semua pemandu dan penumpang terbabit ditahan untuk siasatan lanjut sebelum dibebaskan dengan jaminan polis.

Kes disiasat mengikut Seksyen 336 Kanun Keseksaan berkaitan perbuatan cuai atau gopoh yang membahayakan nyawa atau keselamatan diri orang lain.

Sabit kesalahan boleh dipenjara sehingga tiga bulan atau didenda sehingga RM500 atau kedua-duanya sekali.

Mohd Zamzuri meminta orang ramai atau saksi yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian tampil membantu siasatan dengan menghubungi Balai Polis Trafik Tun H S Lee atau mana-mana balai polis berhampiran.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved