Lelaki Teman Anak Perempuan Mengamuk Disuruh Keluar Dari Koc Wanita – “Panggilah Polis Tangkap Saya. Saya Cabar Kamu”

23 Jul 2024 • 12:42 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Sejak mula diperkenalkan, ada sahaja isu dan cerita tular tentang lelaki memasuki koc wanita tanpa rasa malu. Begitu juga kali ini, tentang seorang lelaki yang tular kerana tidak berpuas hati apabila ditegur berapa di dalam koc wanita.

Lelaki berkenaan mengamuk apabila diminta keluar dari koc wanita MRT sehinggakan dia menengking individu yang menegurnya itu tanpa mempedulikan orang ramai.

Menerusi video yang tular kini di media sosial, lelaki memakai baju merah itu dilihat berdiri dan didengari memarahi wanita yang menegurnya itu.

Diam! Diam! Panggillah polis tangkap saya. Mari, panggil polis tangkap saya, saya tunggu sini.Mari, mari. Saya cabar kamu panggil polis.

Kata lelaki itu, dia berada di dalam koc wanita kerana menemani anak perempuannya yang masih kecil (di bawah umur).

 

View this post on Instagram

 

A post shared by WeirdKaya (@weirdkaya)

Dia menganggap tindakan penumpang wanita memintanya untuk beredar dan meninggalkan anak perempuan berseorangan di situ sebagai ‘merepek’.

Meskipun situasi itu tegang, namun penumpang lain yang berada di dalam koc tersebut yang berdiam diri dan tidak masuk campur.

Sehinggalah staf terpaksa menenangkan dan bercakap dengan lelaki berkenaan namun dia masih memilih untuk memberi respon agresif dan bergaduh mulut dengan pekerja terbabit mengatakan dia tidak berbuat salah.

image is not available

Rakaman itu meraih perhatian warganet dan rata-ratanya mempunyai pendapat yang sama seperti wanita yang menegur lelaki itu.

Kata mereka, koc wanita terang terangan untuk perempuan sahaja, tidak termasuk jantina lain yang terpaksa menemani ahli keluarga mereka seperti lelaki tersebut.

Dalam pada itu, sesetengah netizen memuji wanita terbabit kerana berani bertindak menegur dan menyuruh lelaki berkenaan keluar dari koc itu.

Bagus! Berani kerana benar. Tahniah kerana bersikap tegas. Saya suka keberanian awak.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

image is not available 6 months ago

"Kerap Sangat Dah Nampak.." - Netizen Bengang Kumpulan 'Cyclist' Angkut Basikal Masuk MRT, Duduk Di Koc Wanita