Lelaki Tendang Anak Kucing Hingga Mati

27 Dec 2024 • 2:55 AM MYT
Gempak
Gempak

Portal Hiburan No.1 Malaysia!

image is not available

Sebuah video tular di media sosial Indonesia memaparkan tindakan seorang lelaki menendang seekor anak kucing liar sehingga mati di tepi jalan, lapor laman berita Detik semalam.

 

Berdasarkan rakaman televisyen litar tertutup (CCTV), lelaki tersebut dilihat berdiri di tempat letak kereta sebuah pasar mini di Jalan Raya Cikondang, Cianjur, wilayah Jawa Barat.

 

Seekor anak kucing kemudian berjalan mendekati lelaki berkenaan sebelum dia menendang haiwan itu secara tiba-tiba dengan kuat.

 

Anak kucing tersebut terpelanting beberapa meter ke arah kereta sorong penjaja sebelum ia sekali lagi terpelanting ke tempat letak kereta.

 

Ia kemudian dilihat terbaring kaku dan mati.

 

Wakil pasukan lapangan  Rumah Singgah Clow, Ike Theresia berkata, kejadian itu berlaku kelmarin.

 

“Pada awalnya kami mendapat maklumat dari media sosial yang memaparkan tindakan penganiayaan tersebut sehingga menyebabkan kematian seekor anak kucing,” katanya.

 

Sementara itu, Ketua Unit Siasatan Jenayah Polis Cianjur, Inspektor Hendra berkata, pihaknya turut membantu sukarelawan rumah perlindungan haiwan tersebut untuk menemui pelaku.

 

“Kita telah mengiringi dan memberi kesedaran kepada pelaku. Namun, ia belum diproses lebih lanjut kerana sukarelawan tidak membuat laporan rasmi,” katanya. – AGENSI

 

Sumber: Kosmo

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved