
PETALING JAYA – Seorang lelaki dilihat menolak sebuah kereta yang terkandas ketika meredah banjir di Jalan Taman Tasik Prima, Puchong Utama, petang ini.
Menerusi perkongsian di Threads oleh pengguna _dainle, lelaki itu dilihat berusaha menolak kereta berkenaan ketika air banjir menenggelami sebahagian jalan.
Banjir kilat dilaporkan berlaku di hadapan Klinik Medic Plus.
Orang ramai dinasihatkan menggunakan laluan alternatif untuk ke destinasi masing-masing. – KOSMO! ONLINE
The post Lelaki tolak kereta redah banjir di Puchong appeared first on Kosmo Online.






