Lelaki, tolong faham bila wanita period

Health & Fitness
11 Sep 2026 • 12:00 PM MYT
Public Health M'sia
Public Health M'sia

Public Health M'sia shares simple, relatable health education.

Image from: Lelaki, tolong faham bila wanita period
Gambar: Public Health M'sia

LELAKI, TOLONG FAHAM APA YANG BERLAKU BILA WANITA PERIOD.

Period bukan sekadar “darah keluar beberapa hari”.

Dalam badan wanita, hormon sedang berubah. Lapisan dalam rahim yang dibina sepanjang kitaran mula luruh kerana kehamilan tidak berlaku.

Rahim pula akan mengecut untuk membantu mengeluarkan darah dan tisu tersebut.

Sebab itu ada wanita yang mengalami:

• Cramp di bahagian bawah perut

• Sakit pinggang atau belakang

• Sakit yang menjalar ke paha

• Payudara terasa tegang atau sensitif

• Perut kembung

• Sakit kepala

• Loya atau perubahan selera makan

• Cirit-birit atau lebih kerap ke tandas

• Badan terasa lesu dan cepat penat

• Tidur terganggu

Dan bukan fizikal sahaja.

Perubahan hormon sebelum dan ketika haid juga boleh mempengaruhi emosi.

Ada yang jadi:

• Lebih sensitif

• Mudah terasa hati

• Cepat marah atau irritated

• Mudah menangis

• Rasa anxious atau restless

• Mood berubah-ubah

• Susah fokus

• Rasa overwhelmed walaupun perkara kecil

Ada juga yang tiba-tiba craving makanan tertentu.

Nak coklat.

Nak benda manis.

Nak makanan masin.

Nak karbohidrat.

Atau tiba-tiba lapar lebih daripada biasa.

Ini bukan semestinya “mengada nak makan”.

Perubahan hormon, selera makan dan respons otak terhadap makanan sepanjang kitaran haid memang boleh mempengaruhi craving.

Bahan kimia yang dipanggil prostaglandin pula membantu menyebabkan pengecutan rahim. Pada sesetengah wanita, kesannya lebih kuat sehingga cramp boleh menjadi sangat menyakitkan.

Dan pengalaman setiap wanita TAK SAMA.

Ada yang masih boleh bekerja, bersukan dan menjalani rutin seperti biasa.

Ada yang cuma mahu baring sambil memeluk hot pack.

Jadi kalau pasangan anda tiba-tiba cakap,

“Sayang tahu tak saya siapa?”

“Siapa?”

“Isteri awak yang tengah period pain ni…”

Please read the room. 😭

Kalau tiba-tiba dia kata,

“Sayang… nak coklat.”

Kalau mampu, belikanlah coklat tu.

Tak perlu buka ceramah tentang gula, kalori dan BMI pada waktu tersebut. 😭

Kadang-kadang bantuan paling berguna cuma buatkan air suam, ambilkan hot pack, bantu sedikit kerja rumah, carikan makanan yang dia mahu dan bagi ruang untuk dia berehat.

Dan jangan gunakan ayat:

“Period je pun.”

Sebab anda mungkin nampak dia sedang duduk diam.

Tapi anda tak rasa apa yang sedang berlaku dalam tubuhnya.

Lelaki tak perlu mengalami period untuk memahami period.

Cukup belajar sedikit, jangan memperlekehkan kesakitan dan emosi pasangan, dan be a decent partner.

Nota penting: sakit haid yang sangat kuat sehingga mengganggu aktiviti harian, pengsan, pendarahan terlalu banyak atau kesakitan yang semakin teruk tidak sepatutnya dianggap “normal je”. Dapatkan pemeriksaan kerana ada keadaan seperti endometriosis atau adenomyosis yang boleh menyebabkan simptom sebegini.

PUBLIC HEALTH MALAYSIA


Public Health M'sia (publichealthmalaysia@gmail.com) adalah seorang penulis dalam program Newswav Creator, di mana anda boleh berkongsi cerita, meluahkan pandangan anda, atau menjadi wartawan rakyat dan pada masa yang sama mengewangkan kandungan anda & menjangkau jutaan pengguna di Newswav. Log masuk ke creator.newswav.com dan daftar sebagai Newswav Creator sekarang!

Kandungan Pengguna (“User Content” seperti yang ditakrifkan pada Syarat Penggunaan Newswav) di atas termasuk pandangan yang dinyatakan dan media (gambar, video, petikan dan lain-lain) dimuatnaik & diterbitkan oleh pengarang. Newswav adalah platform pengagregatan yang semata-matanya mengehoskan kandungan. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan tentang kandungan karya, hak cipta atau isu lain, sila hubungi creator@newswav.com.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved