Dua lelaki ditahan bersama 30 mesin lombong bitcoin

LocalTechnology
3 Sep 2026 • 5:04 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Dua lelaki ditahan bersama 30 mesin lombong bitcoin

PARIT: Polis menahan dua lelaki warga tempatan dan merampas 30 mesin melombong mata wang digital bitcoin di sebuah premis di Seri Iskandar, semalam.

Operasi khas itu dijalankan Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Perak Tengah dengan kerjasama pasukan jurutera Seal Tenaga Nasional Berhad (TNB).

Ketua Polis Daerah Perak Tengah, Superintenden Hafezul Helmi Hamzah berkata, operasi tersebut dijalankan pihaknya setelah mengesan sebuah premis yang dipercayai melakukan penyambungan wayar secara haram bagi menjalankan kegiatan perlombongan Bitcoin.

Katanya, dalam operasi itu, rampasan dibuat membabitkan 30 mesin perlombongan bitcoin, sebuah router internet, sebuah desktop switch dan satu gulung wayar elektrik.

“Polis turut merampas dua kenderaan iaitu Perodua Myvi dan Perodua Axia serta menahan dua lelaki warga tempatan berusia 20 dan 27 tahun untuk membantu siasatan,” katanya di sini hari ini.

Menurut beliau, kes disiasat mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan dan Seksyen 37(1) Akta Bekalan Elektrik 1990.-UTUSAN

 

The post Dua lelaki ditahan bersama 30 mesin lombong bitcoin appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved