Lemas Tanjung Lompat: Satu lagi mayat remaja lemas dijumpai

4 Sep 2026 • 2:10 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Lemas Tanjung Lompat: Satu lagi mayat remaja lemas dijumpai

KOTA TINGGI – Satu lagi mayat tragedi lemas Pantai Tanjung Lompat berjaya ditemukan hari ini kira-kira lima kilometer dari lokasi kejadian.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Deputi Superintendan Mohd Syamsuri Mohamad berkata mayat disahkan sebagai Muhammad Adib Hafiy Kamal, 16.

“Mayat mangsa ditemui kira-kira pukul 11.15 pagi dalam terapung oleh pasukan penyelamat dan orang awam. Mayat mangsa dihantar ke Unit Forensik Hospital Kota Tinggi (HKT) bagi proses bedah siasat,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Terdahulu seramai enam remaja lemas selepas menjalankan aktiviti mandi pantai kelmarin sebelum dua daripada mereka berjaya diselamatkan orang awam, manakala empat yang lain hilang.

Mayat dua mangsa, Alif Taqiuddin Kamal Hasrul ditemukan pada pukul 1.25 petang semalam, manakala Muhammad Thaqif Rayyan Rumainoor pula ditemukan pada pukul 1.53 petang semalam.

Sementara itu, operasi mencari dan menyelamat masih dijalankan bagi mencari satu lagi mangsa yang masih hilang, dikenal pasti sebagai Mohamad Haiman Fitri Supian, 16. – KOSMO! ONLINE

The post Lemas Tanjung Lompat: Satu lagi mayat remaja lemas dijumpai appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved