Lembaga Pelancongan Sarawak Raih Anugerah Tertinggi Anugerah Emas PATA 2026

19 Aug 2026 • 4:30 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

Lembaga Pelancongan Sarawak Raih Anugerah Tertinggi Anugerah Emas PATA 2026

Lembaga Pelancongan Sarawak (STB) mencipta kejayaan membanggakan apabila dinobatkan sebagai Pemenang Gelaran Utama bagi kategori Pemasaran pada Anugerah Emas PATA 2026, menerusi kempen kreatif yang mengetengahkan Sarawak melalui penerbangan dron sejauh 1,706.7 kilometer.

Anugerah berprestij itu mengiktiraf pencapaian STB menerusi projek “Rekod Dunia Guinness Sarawak – Perjalanan GPS Terpanjang oleh Dron Bersiri”, yang berjaya direkodkan dalam Rekod Dunia Guinness pada 31 Disember 2025.

Menurut PATA, penerbangan berkenaan melibatkan 128 segmen penerbangan berterusan merentasi Sarawak, dengan rakaman udara yang memaparkan kepelbagaian landskap negeri itu.

Pencapaian tersebut turut menjadi platform promosi berimpak tinggi bagi memperkenalkan Sarawak sebagai destinasi pelancongan menjelang Tahun Melawat Malaysia 2026.

Dalam Anugerah Emas PATA 2026, STB muncul sebagai pemenang tertinggi kategori Pemasaran, manakala Suruhanjaya Perbandaran Chongqing bagi Pembangunan Kebudayaan dan Pelancongan, China dinobatkan sebagai Pemenang Gelaran Utama bagi kategori Kelestarian dan Tanggungjawab Sosial

PATA berkata, anugerah berkenaan terus mengiktiraf pencapaian cemerlang dalam industri pelancongan dan pengembaraan di rantau Asia Pasifik, termasuk aspek pemasaran, teknologi baharu, kelestarian, pemuliharaan dan pembangunan komuniti.

Ketua Pegawai Eksekutif PATA, Noor Ahmad Hamid, berkata kemenangan para penerima tahun ini mencerminkan kreativiti, inovasi dan komitmen industri dalam membentuk sektor pelancongan yang lebih kukuh serta mampan.

“Penyertaan tahun ini antara yang terkuat pernah kami lihat, mencerminkan usaha luar biasa ahli PATA dan pemain industri dalam mencapai kecemerlangan,” katanya.

Ujarnya, projek yang diiktiraf menunjukkan bagaimana idea berani mampu menghasilkan impak berpanjangan, termasuk menerusi pemasaran inovatif dan penggunaan teknologi baharu.

Jelasnya, kejayaan tersebut turut memperlihatkan potensi pelancongan sebagai pemangkin kepada perubahan positif dalam masyarakat dan pembangunan destinasi.

Baca juga:

Sementara itu, PATA memaklumkan Anugerah Emas PATA 2026 merangkumi 27 Anugerah Emas, termasuk satu Pemenang Gelaran Utama bagi setiap kategori Pemasaran serta Kelestarian dan Tanggungjawab Sosial.

Selain kemenangan tertinggi STB, Malaysia turut mencatat pencapaian lain menerusi Tourism Malaysia yang memenangi kategori Video Pelancongan bagi kempen Tahun Melawat Malaysia 2026 – Pengalaman Luar Biasa.

Dalam kategori Inisiatif Pemuliharaan Ekosistem dan Hidupan Liar pula, The Frangipani Langkawi Resort & Spa, Malaysia turut menerima anugerah menerusi inisiatif Ekosistem Hidup dalam Hospitaliti: Mengintegrasikan Tanah Bencah, Biodiversiti dan Pemuliharaan Pesisir Pantai.

Anugerah Emas PATA 2026 disampaikan sempena Pameran Pelancongan PATA 2026 yang berlangsung di Sarawak.

PATA memaklumkan para pemenang turut menerima pendedahan antarabangsa melalui saluran media dan komunikasi persatuan berkenaan.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved