
SHAH ALAM: Atlet terjun Wilayah Persekutuan, Yong Rui Jie meraih emas dalam acara 3 meter (m) papan anjal lelaki Sukan Malaysia (SUKMA) Selangor 2026.
Rui Jie menebus kekecewaan meraih perak di Sukma Sarawak 2024 selepas unggul dengan kutipan 391.85 mata di Pusat Akuatik Darul Ehsan, sebentar tadi.
Rui Jie yang membuat penampilan ketiga dan terakhir di pentas Sukma turut membawa pulang emas pertama kem terjun Wilayah Persekutuan pada temasya kali ini.
Muhammad Haris Mohd Rezal dari Selangor meraih perak, manakala penerjun Sarawak, Elvis Priestly Clement terpaksa berpuas hati dengan gangsa.
Rui Jie turut mengakui peningkatan prestasinya banyak dibantu jurulatih, Ooi Tze Liang yang bukan sahaja membimbingnya dari aspek latihan, malah memberi sokongan mental bagi memastikan dirinya lebih tenang dan konsisten ketika beraksi.
Kejayaan itu kini menjadi tonik terbaik buat Rui Jie sebelum menggalas cabaran lebih besar di pentas Asia.-UTUSAN
The post Rui Jie tebus kekecewaan, raih emas 3m papan anjal appeared first on Utusan Malaysia.






