Lembaga Peperiksaan nafi dakwaan kebocoran soalan Ujian Bertutur Bahasa Inggeris

3 Nov 2026 • 12:11 PM MYT
The Reporter
The Reporter

Malay site offers reporting updates and viral community news from Malaysia

Lembaga Peperiksaan nafi dakwaan kebocoran soalan Ujian Bertutur Bahasa Inggeris SPM 2026.

Lembaga Peperiksaan (LP) menafikan dakwaan berlaku kebocoran soalan Ujian Bertutur Bahasa Inggeris (UBBI) bagi peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2026 seperti yang tular di media sosial.

LP dalam satu kenyataan menjelaskan, hasil penelitian mendapati maklumat yang tersebar sebenarnya merupakan senarai tema umum dan ramalan berdasarkan kandungan Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP).

Menurutnya, persamaan tema atau kata kunci yang dikongsikan dengan instrumen peperiksaan sebenar tidak boleh dijadikan bukti bahawa berlaku kebocoran soalan.

LP turut menegaskan bahawa proses penyediaan dan pengendalian instrumen peperiksaan dilaksanakan mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.

“Penyediaan dan pengendalian instrumen peperiksaan dilaksanakan mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan dengan mematuhi aspek keselamatan dan kerahsiaan selaras dengan Akta Rahsia Rasmi 1972,” menurut kenyataan itu.

Sehubungan itu, orang ramai diingatkan supaya tidak membuat spekulasi atau menyebarkan sebarang maklumat yang belum disahkan kesahihannya sehingga boleh menimbulkan kekeliruan.

Dalam masa sama, calon SPM 2026 dinasihatkan agar kekal tenang dan memberikan sepenuh tumpuan terhadap peperiksaan yang sedang berlangsung.

LP turut memberi jaminan bahawa pihaknya kekal komited dalam memastikan keselamatan, kerahsiaan dan integriti peperiksaan SPM 2026 terus terpelihara demi menjamin keadilan kepada semua calon.

The post Lembaga Peperiksaan nafi dakwaan kebocoran soalan Ujian Bertutur Bahasa Inggeris appeared first on The Reporter.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved