
Cara penyanyi dan pelakon, Bella Astillah menegur anak-anaknya, Ayden dan Ara ketika mereka mula bergaduh mencuri perhatian netizen di media sosial.Menerusi satu potongan video yang dikongsikan di Threads, Bella dilihat menasihati kedua-dua anaknya dengan nada suara yang cukup lembut. Menurut seorang individu, dia mengakui sukar untuk membayangkan dirinya mampu menegur anak-anak dengan cara yang sama, apatah lagi apabila berdepan situasi yang boleh menguji kesabaran." Cara Bella tegur anak-anak bila nak mula bergaduh."Perkara yang tak dapat follow. Customer duk tanya berulang pun dah mula baran, dah tak ada istilah customer is always right," tulisnya.View on ThreadsMenjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen turut terhibur melihat cara Bella mendidik anak-anaknya yang disifatkan cukup lembut dan penuh kesabaran.Malah, ada yang berseloroh mengatakan mereka mungkin akan menggunakan nada suara yang jauh berbeza sekiranya berdepan situasi sama."Betul la YB selalu cakap Bella macam kucing. Tegur anak gaduh pun macam itu je. Aku anak seorang pun dia cakap aku macam harimau. "So Bella bukan Asian mom. "Aku kalau cakap lembut macam ini, mak aku bawa aku pergi berubat kampung. Serius cakap," kata seorang lagi netizen."Lurve-nyaaa. Nak jadi anak angkat Bella lah. Jadi kucing pun bolehlah. "Dia cakap dengan adik dia Didi pun lemah lembut kan. Ada satu video DD panggil, 'Kak Bella...' lepas itu Bella menyahut, 'Ya, dekk'. Intonasi suara macam ini juga. Saya kalau anak gaduh-gaduh macam ini, memang keluar suara singa. "Hahahahah! Aku kalau tegur anak-anak, dengan bapak dia sekali tak tahu nak buat apa. Berdiri salah, duduk salah. Kadang-kadang dia menyamar jadi pokok terus," komen netizen.






