Ramai Tak Sangka Bella Astillah Fasih Menyanyi Lagu Mandarin, Netizen Dedah Pernah Sekolah Di SJKC - “Apa Yang Dia Tak Boleh Buat, Multitalented”

17 Nov 2026 • 7:55 AM MYT
Gempak
Gempak

Portal Hiburan No.1 Malaysia!

Ramai Tak Sangka Bella Astillah Fasih Menyanyi Lagu Mandarin, Netizen Dedah Pernah Sekolah Di SJKC - “Apa Yang Dia Tak Boleh Buat, Multitalented”

Pelakon, Bella Astillah sekali lagi mencuri perhatian netizen apabila tular sebuah video memaparkan dirinya menyanyikan lagu berbahasa Mandarin.Menerusi video yang tular di Threads, Bella yang juga isteri kepada Ahli Parlimen Muar, YB Syed Saddiq Syed Abdul Rahman itu dilihat cukup fasih menyampaikan lagu berkenaan semasa menghiburkan tetamu yang hadir.Malah, suasana majlis turut bertambah meriah apabila tetamu yang hadir juga tidak melepaskan peluang untuk menari dan berjoget secara santai sambil menikmati persembahan Bella.Menariknya lagi, menurut beberapa komen yang diberikan, Bella juga turut memakai pakaian pengantin tradisional cina bagi menghormati majlis berkenaan.Dalam pada itu, rata-rata netizen meluahkan rasa kagum dengan kebolehan Bella menyanyikan lagu Mandarin dan suaranya sedap didengar selain sebutannya juga jelas.Sementara itu, di ruangan komen juga, seorang netizen turut mendedahkan bahawa Bella pernah menuntut di sebuah sekolah jenis kebangsaan Cina (SJKC) di Sandakan, Sabah.Antara komen yang diterima:Sumber: Threads

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved