Lesen Di Forest City Ditarik, Balaji Umum Network School Berpindah Dari Malaysia Ke Kazakhstan [Video]

LocalTechnology
22 Jul 2026 • 10:49 AM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

Ikuti saluran TikTok, WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Network School yang ditubuhkan di Forest City Iskandar Puteri Johor sebelum ini dilaporkan akan berpindah dan membuka kampus baharunya di Kazakhstan menerusi kerjasama dengan kerajaan negara terbabit.

Urusan Penempatan Di Kampus Network School, Kazakhstan Lebih Mudah – Balaji

Perkara itu disahkan sendiri pengasasnya, Balaji Srinivasan dan juga Kementerian Kecerdasan Buatan (AI) dan Pembangunan Digital Republik Kazakhstan di akaun media sosial.

“Saya dengan sukacitanya mengumumkan bahawa memorandum persefahaman (MoU) telah ditandatangani antara Republik Kazakhstan dan Network School.

“Kampus baharu kami akan menjadi tempat perlindungan bagi komuniti global yang optimis terhadap teknologi dengan proses visa yang dipercepatkan, urusan penempatan yang lebih mudah serta usaha aktif dalam merekrut bakat dari seluruh dunia,” kata Balaji dalam satu hantaran di laman X (Twitter).

Fokus Utama Kerjasama Network School & Kazakhstan Adalah Untuk Tarik Pelaburan Serta Syarikat Teknologi

Menurut kenyataan Republik Kazakhstan, MoU terbabit ditandatangani oleh Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Kecerdasan Buatan dan Pembangunan Digital negara itu, Zhaslan Madiyev bersama Balaji.

Salah satu aspek utama kerjasama tersebut ialah penciptaan kampus rangkaian pertama selain menarik pakar terkemuka, syarikat teknologi dan pelaburan ke Kazakhstan.

View this post on Instagram

A post shared by ҚР ЖИЦДМ | МИИЦР РК (@ai_digital_ministry_kz)

Terjemahan kenyataan Republik Kazakhstan:

Image from: Lesen Di Forest City Ditarik, Balaji Umum Network School Berpindah Dari Malaysia Ke Kazakhstan [Video]
Sumber: Instagram

Lesen Perniagaan Network School Di Forest City, Johor Dibatalkan

Penempatan baharu bagi golongan teknopreneur ini susulan keputusan Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP) yang membatalkan lesen perniagaan NS0 Malaysia Sdn Bhd atau turut digelar Network School selain mengarahkan semua aktivitinya di Forest City dihentikan berkuat kuasa hari ini, 21 Julai.

Menurut Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi keputusan tersebut diambil mengikut proses dan peruntukan undang-undang dan Kerajaan Negeri turut menyokong sepenuhnya keputusan yang dibuat dalam Mesyuarat Penuh Khas MBIP.

Baca Artikel Berkaitan: Lesen Perniagaan Dibatalkan, Network School Diarah Henti Operasi Berkuat Kuasa 22 Julai – Onn Hafiz

Warga Israel Yang Menyertai Network School Akan Diusir – Anwar Ibrahim

Isu membabitkan Network School di Forest City mula timbul selepas sebuah akaun mendedahkan terdapat warga Israel yang memasuki Malaysia menggunakan pasport negara kedua untuk menyertai program tersebut.

Namun pemeriksaan yang dilakukan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) terhadap 379 warga asing yang berada di sana tidak menjumpai apa-apa seperti yang didakwa.

JIM bagaimanapun mengesahkan 19 individu yang dikaitkan dengan Network School gagal dikesan berkemungkinan sudah keluar secara tidak sah atau mereka memasuki Malaysia secara tidak sah.

Sebelum ini, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa kerajaan akan mengusir mana-mana rakyat Israel yang dikesan memasuki Malaysia untuk menyertai Network School.

Tambah beliau, kerajaan sama sekali tidak akan berkompromi jika terdapat rakyat Israel yang menyertai program itu tanpa kebenaran yang sah.

Baca Artikel Berkaitan: Forest City Akan Ambil Tindakan Jika Dapati Komuniti Network School Langgar Undang-undang

Reaksi Netizen Selepas Network School Berpindah Ke Kazakhstan

Menjengah ke ruangan balas hantaran Balaji, ada yang mengatakan ia merupakan satu ‘kehilangan besar’ untuk Malaysia, dan kemenangan buat Kazakhstan.

Tak Boleh Suka Hati Nak Ubah Negara Orang Lain Tanpa Kebenaran Sah – Netizen

Bagaimanapun, rata-rata rakyat Malaysia dan segelintir masyarakat antarabangsa berpandangan sebaliknya.

“Diorang (Network School) dah kena halau. Jadi tiada pilihan lain. Bukan satu kehilangan untuk Malaysia. Kau tak boleh suka hati lawat tempat orang dan cuba untuk ubah rumah orang (Malaysia) tu tanpa izin. Semudah tu,” kata seorang wanita.

Malah ada juga yang mempersoalkan mengapa Balaji menyasarkan negara yang mana majoritinya adalah penduduk beragama Islam.

Berikut antara komen-komen netizen:

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved