Tak Sampai 24 Jam Lesen Dibatalkan, Network School Umum Pembukaan Di Kazakhstan

WorldTechnology
22 Jul 2026 • 11:57 AM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

syaz ft 2026 07 22T114215.077

Belum pun sampai 24 jam lesen operasinya dibatalkan oleh pihak berkuasa Johor, pengasas Network School, Balaji Srinivasan, mengumumkan perancangan untuk membina kampus baharu bagi inisiatif berkenaan di Kazakhstan.

Menerusi satu hantaran di platform X pada jam 12.19 pagi hari ini (waktu Malaysia), Balaji mendedahkan bahawa satu memorandum persefahaman (MoU) telah pun dimeterai antara Network School dan kerajaan Republik Kazakhstan.

Artikel berkaitan: Di Sebalik Kontroversi Di Forest City, Siapa Sebenarnya Pengasas ‘Network School’ Balaji Srinivasan?

Artikel berkaitan: Kerajaan Johor Batal Lesen & Arah Network School Forest City Henti Operasi Mula Esok

— Balaji (@balajis) July 21, 2026

“Saya dengan sukacitanya mengumumkan bahawa satu memorandum persefahaman telah ditandatangani antara Republik Kazakhstan dan Network School.

Kampus baharu kami akan menjadi pusat tekno-optimisme global, lengkap dengan visa dipercepatkan, proses pemindahan syarikat yang dipermudah, serta pengambilan bakat secara aktif,” katanya.

Pengumuman tersebut turut disertai klip video majlis menandatangani perjanjian berkenaan serta tangkapan skrin kenyataan rasmi daripada kerajaan Kazakhstan.

Kerjasama Strategik Pembangunan AI dan Teknologi

Berdasarkan terjemahan kenyataan media yang dikongsi Balaji, Kementerian Pembangunan Digital, Inovasi dan Industri Aerokraf Kazakhstan mengesahkan jalinan Kerjasama Strategik itu bersama Network School.

Inisiatif pendidikan antarabangsa yang diasaskan oleh bekas Ketua Pegawai Teknologi (CTO) Coinbase itu mendapat sokongan pelabur daripada lebih 500 syarikat teknologi dunia.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by ҚР ЖИЦДМ | МИИЦР РК (@ai_digital_ministry_kz)

Kementerian berkenaan memaklumkan, MoU tersebut memfokuskan kerjasama dalam bidang kecerdasan buatan (AI), inovasi, keusahawanan teknologi, serta pembangunan modal insan.

Walau bagaimanapun, hantaran Balaji langsung tidak menyentuh mengenai status kampus Network School di Forest City, Johor mahupun masa depannya selepas tindakan tegas diambil oleh kerajaan negeri.

Sumber: X

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved