Letupan bom gegarkan Pattani

30 Aug 2026 • 10:36 AM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Letupan bom gegarkan Pattani

PATTANI (THAILAND): Selatan Thai kembali digegarkan dengan serangan apabila sebuah gedung beli-belah di sini menjadi sasaran kumpulan lelaki bersenjata yang meletupkan tiga bom, malam tadi.

Serangan kira-kira pukul 6.45 petang itu mencetuskan panik apabila lima lelaki menaiki dua motosikal dan sebuah motosikal roda tiga menyerbu pusat beli-belah di Mukim Bana, Mueang Pattani sebelum menahan pengawal keselamatan di pintu pagar utama.

Bagaimanapun, tiga daripada mereka kemudian memasuki premis dan meletakkan bom buatan sendiri (IED) selain melepaskan tembakan dan mengarahkan pelanggan serta pekerja meninggalkan premis.

Lebih 30 pelanggan dan pekerja kemudian menyelamatkan diri dan tiada laporan kecederaan atau kematian dilaporkan setakat ini.

Jurucakap Pusat Operasi Keselamatan Dalam Negeri Wilayah 4 (ISOC 4) berkata, pasukan keselamatan yang dimaklumkan mengenai kejadian segera mengepung seluruh kawasan pusat beli-belah berkenaan.

Katanya, pemeriksaan menemukan sebuah motosikal roda tiga di kawasan parkir berhampiran pos pengawal dengan sebuah silinder gas yang diubah suai dan dipasang IED di dalamnya serta 30.2 liter petrol.

“Pasukan pemusnah berjaya mematikan IED berkenaan. Ini merupakan serangan kedua membabitkan pengeboman dan pembakaran yang berlaku dalam tempoh dua hari,” katanya.

Dalam kejadian kira-kira pukul 7.30 malam kelmarin, sekurang-kurangnya 10 lelaki bertopeng menyerbu Pejabat Pentadbiran Mukim Sakon Bon di Daerah Mayi, Pattani.

Kumpulan bersenjatakan senjata api tentera itu melepaskan beberapa das tembakan sebelum mengikat tangan tiga pengawal dan dua pekerja mengutip sampah.

Mereka kemudian membakar pejabat pentadbiran mukim serta trak pengangkut sampah sebelum melarikan diri melalui pintu belakang premis.

Sebelum ini, lebih 77 insiden termasuk pengeboman dilaporkan berlaku di Narathiwat, Pattani dan Yala dalam tempoh tiga hari sejak 22 Ogos lalu. – UTUSAN

The post Letupan bom gegarkan Pattani appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved