Liga A1: Gol tunggal Danish pastikan kemenangan JDT II

FootballSports
30 Oct 2026 • 12:00 AM MYT
Stadium Astro
Stadium Astro

The latest sports results, news, match highlights, schedules and more

Liga A1: Gol tunggal Danish pastikan kemenangan JDT II

Johor Darul Ta'zim II, melakar kemenangan ke atas Armed Forces dalam aksi Liga A1 Semi Pro yang berlangsung sebentar tadi.

Dalam misi kekal sebagai pendahulu liga, JDT II bertandang ke Stadium Mindef memburu kemenangan.

Segalanya tampak lancar dengan pelawat hampir menjelmakan gol menerusi Danish Hakim yang menerima hantaran lintang Mohamadou Sumareh namun cemerlang ditepis penjaga gol Armed Forces, Mohamad Hafizuddin minit ke-20.

Anak buah Kevin Cooper sesekali mencemaskan, antaranya daripada percubaan Hairul Iqmal yang dinafikan Zulhilmi Sharani.

Berbeza di babak kedua apabila tuan rumah yang berjersi merah kerap memasuki kubu pelawat namun penyudah kurang sempurna jadi penghalang.

Menuju minit-minit akhir permainan, Junior Eldstal membuka ruang buat Danish memastikan tiga mata berharga buat Harimau Selatan.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved