Liga Super: MFL tangguh aksi NSFC-KL City

22 Aug 2026 • 2:29 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Liga Super: MFL tangguh aksi NSFC-KL City

PETALING JAYA – Aksi Liga Super antara Negeri Sembilan FC (NSFC) menentang Kuala Lumpur City (KL City) yang dijadualkan berlangsung di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi, petang ini terpaksa ditangguhkan selepas hampir separuh pemain The City Boys mengalami influenza.

Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) memaklumkan keputusan itu dibuat selepas pihaknya menerima permohonan rasmi daripada KL City berhubung masalah kesihatan yang melanda pasukan berkenaan.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan sebentar tadi, sebanyak 15 pemain dan dua pegawai pasukan dilaporkan mengalami simptom demam, batuk, selesema dan cirit-birit.

“MFL menerima permohonan rasmi daripada Kuala Lumpur City FC berikutan hampir separuh pemain kelab itu disahkan mengalami penyakit influenza.

“15 pemain dan dua pegawai pasukan telah mengalami simptom demam, batuk, selsema dan cirit-birit menerusi surat laporan perubatan kepada MFL,” kata kenyataan itu.

Menurut MFL, kesemua pemain dan pegawai terbabit akan dirujuk ke Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Petaling bagi mendapatkan rawatan lanjut.

“MFL memutuskan bahawa perlawanan itu tidak dapat dilangsungkan bagi memastikan aspek kebajikan dan kesihatan pemain serta pegawai pasukan diberikan keutamaan.

“MFL bagaimanapun akan membawa perkara ini ke peringkat Ahli Lembaga Pengarah MFL untuk membuat keputusan mengenai status perlawanan itu dalam masa terdekat,” katanya. – KOSMO! ONLINE

The post Liga Super: MFL tangguh aksi NSFC-KL City appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved