Liga Super: Penang FC janji tak ulang kesilapan lalu

19 Aug 2026 • 7:55 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Liga Super: Penang FC janji tak ulang kesilapan lalu

GEORGE TOWN – Penang FC menjanjikan cabaran berbeza pada saingan Liga Super 2026/2027 musim ini selepas melakukan persiapan selama lapan minggu bagi memastikan pasukan itu lebih ‘bernyawa’ berbanding musim lalu.

Ketua jurulatihnya, Wan Rohaimi Wan Ismail berkata, pasukannya kini berada pada tahap kesiapsiagaan 100 peratus selepas mengharungi enam perlawanan persahabatan sepanjang tempoh pramusim.

“Sepanjang lapan minggu kami membuat persiapan dan alhamdulillah, kami telah melalui enam perlawanan persahabatan.

“Saya boleh katakan kami sudah bersedia untuk memulakan musim ini dan kami boleh janjikan cabaran yang berbeza berbanding musim lalu,” katanya ketika ditemui selepas Majlis Pelancatan Jersi Penang FC 2026/2027 di Universiti Sains Malaysia (USM), petang tadi.

Mengulas aksi pertama skuad Harimau Kumbang bertemu DPMM FC Ahad ini, katanya, perlawanan pembukaan itu amat penting bagi pasukan berkenaan bagi memulakan kempen dengan langkah kanan.

Jelasnya, skuad Penang FC kini lengkap dengan 30 pemain termasuk lapan pemain import.

Wan Rohaimi memberitahu,, kehadiran pemain baharu selain gabungan pemain muda dan senior turut mewujudkan persaingan positif dalam pasukan.

“Gabungan pemain lama dan baharu, serta pemain muda dan senior menunjukkan kemampuan yang lebih baik berbanding musim lalu.

“Saya tidak mahu mengulangi kesilapan musim lalu apabila kita bergelut dalam lima perlawanan pertama. Saya akan pastikan kita bermula pada 23 Ogos ini dengan langkah kanan.

“Memang ada sasaran. Kami diberikan sasaran untuk berada dalam kelompok lima terbaik dan kita akan bermula pada 23 Ogos ini untuk mengejar sasaran tersebut, insya-Allah,” katanya.

Beliau turut memberi bayangan akan terdapat sedikit perubahan dari segi pendekatan taktikal susulan kehadiran pemain baharu dalam pasukan itu. Disebabkan pemain yang berbeza, pendekatan kita juga berbeza. Jadi, akan ada sedikit kelainan.

“Dari segi keserasian, alhamdulillah, nampak perkembangan yang amat baik dari hari pertama sehingga sekarang,” katanya sambil berharap penyokong Penang FC terus memberikan sokongan dan semangat kepada pasukan sepanjang musim ini.

Sementara itu, Pengarah Pemasaran Antarabangsa, Football Thai Factory Sporting Goods Co Ltd (FBT), Thamchai Chokephaibulkit pula berkata,jersi baharu Penang FC bagi musim ini tampil dengan rekaan lebih moden yang menggabungkan elemen warisan dan sejarah Pulau Pinang.

” Inspirasi reka bentuk diambil daripada corak serta elemen warisan negeri ini bagi memastikan identiti Penang FC terus dikekalkan,” ujarnya jersi baharu Penang FC dijangka berada di pasaran satu hingga dua minggu lagi. -KOSMO! ONLINE

The post Liga Super: Penang FC janji tak ulang kesilapan lalu appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved