Lima Lagi Pegawai Imigresen Ditahan, Disyaki Godam Sistem MyIMMs

LocalPolitics
4 Aug 2026 • 12:47 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

Siasatan Op Crack terus membuka satu demi satu perkembangan baharu apabila lima lagi pegawai Jabatan Imigresen Malaysia ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia.

Penahanan itu menjadikan lebih ramai individu disiasat berhubung dakwaan penggodaman Sistem Imigresen Malaysia bagi mendapatkan kelulusan Pas Lawatan Kerja Sementara tanpa melalui prosedur sah.

Pegawai Imigresen ditahan selepas beri keterangan

pegawai imigresen

Memetik laporan Harian Metro, lima suspek berkenaan terdiri daripada empat lelaki dan seorang wanita berusia lingkungan 30 hingga 40-an.

Kesemua mereka ditahan kira-kira jam 1 tengah hari semalam selepas hadir memberikan keterangan di Ibu Pejabat SPRM. Lima telefon bimbit milik suspek turut disita bagi membantu siasatan.

Siasatan awal mendapati kesemua pegawai ini disyaki bersubahat menggodam MyIMMs di samping membantu dalam proses mendapatkan kelulusan PLKS (Pas Lawatan Kerja Sementara) tanpa mengikut prosedur yang sah.- Katanya.

RM300,000 dalam akaun dibekukan

Image from: Lima Lagi Pegawai Imigresen Ditahan, Disyaki Godam Sistem MyIMMs

Setakat ini, SPRM sudah mengambil keterangan daripada 17 individu yang dipercayai boleh membantu siasatan.

Sembilan akaun bank turut dibekukan melibatkan empat akaun individu dan dua akaun syarikat dengan anggaran nilai kira-kira RM300,000.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Abd Halim Aman mengesahkan penahanan tersebut. Kes disiasat mengikut Seksyen 17(a) dan Seksyen 16(a) Akta SPRM 2009.

Lebih 1,300 kelulusan MyIMMs terjejas

Image from: Lima Lagi Pegawai Imigresen Ditahan, Disyaki Godam Sistem MyIMMs
Kredit Foto: NST

Isu penggodaman MyIMMs itu sebelum ini menyebabkan Jabatan Imigresen mengambil keputusan membatalkan kesemua 1,306 PLKS yang diluluskan secara tidak sah.

Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Zakaria Shaaban memaklumkan pembatalan akan dilakukan serta-merta kerana kelulusan berkenaan tidak memberikan sebarang hasil kepada kerajaan.

Lima penahanan terbaru ini menyusul selepas SPRM mendapatkan perintah reman terhadap 12 individu lain, termasuk enam pegawai Imigresen yang disyaki terlibat dalam kegiatan sama.

The post Lima Lagi Pegawai Imigresen Ditahan, Disyaki Godam Sistem MyIMMs appeared first on Oh! Media.
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved