Lima Mangsa Nahas Helikopter FDS Di Long Lellang Disahkan Maut

8 Sep 2026 • 10:26 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

Hasrat sebuah helikopter Perkhidmatan Doktor Udara (FDS) untuk tiba di Long Lellang bertukar tragedi apabila pesawat berkenaan terhempas di STOLport kawasan itu pada Selasa.

Lebih menyedihkan, kesemua lima individu yang berada di dalam helikopter tersebut disahkan meninggal dunia dalam kejadian yang berlaku sekitar jam 3.40 petang.

Bomba sahkan lima mangsa maut

Image from: Lima Mangsa Nahas Helikopter FDS Di Long Lellang Disahkan Maut

Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Bahagian Miri merangkap Residen Miri, Galong Luang memaklumkan pengesahan kematian dibuat berdasarkan laporan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia serta Kementerian Kesihatan.

Malangnya, kesemua lima individu di dalam helikopter itu disahkan meninggal dunia berdasarkan laporan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) serta Kementerian Kesihatan (KKM).

Bagaimanapun, saya belum dapat memberikan nama mangsa yang meninggal dunia ketika ini.- Katanya.

Terhempas di hujung landasan

Image from: Lima Mangsa Nahas Helikopter FDS Di Long Lellang Disahkan Maut

Helikopter jenis BO-105 dengan nombor pendaftaran 9M-LLF itu dikendalikan oleh Layang-Layang Aerospace.

Pesawat berkenaan sedang dalam penerbangan dari Lapangan Terbang Miri menuju ke Long Lellang sebelum terhempas di hujung landasan STOLport berkenaan.

The post Lima Mangsa Nahas Helikopter FDS Di Long Lellang Disahkan Maut appeared first on Oh! Media.
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved