Lima rakyat Malaysia ditahan di Jepun, seludup kokain dalam kasut

13 Oct 2026 • 7:04 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Lima rakyat Malaysia ditahan di Jepun, seludup kokain dalam kasut
Pemeriksaan oleh pegawai kastam di lapangan terbang berkenaan menemukan bungkusan kokain yang disembunyikan di bawah pelapik kasut setiap suspek. Foto tangkap layar NHK

KUALA LUMPUR - Lima rakyat Malaysia ditahan di Jepun selepas disyaki cuba menyeludup kokain yang disembunyikan di dalam kasut mereka melalui Lapangan Terbang Haneda, Tokyo.

Menurut laporan NHK World Japan, empat daripada lima suspek mengaku terhadap dakwaan berkenaan, manakala seorang lagi menafikannya.

Polis pada Isnin memaklumkan, kesemua individu terbabit ditahan selepas dipercayai cuba memasuki Jepun dari Malaysia dengan membawa kokain yang dianggarkan bernilai AS$757,300 (kira-kira RM3.2 juta).

Pemeriksaan oleh pegawai kastam di lapangan terbang berkenaan menemukan bungkusan kokain yang disembunyikan di bawah pelapik kasut setiap suspek.

Seorang daripada suspek, Mohd Danial Farhan Abdul Rahman, dilaporkan memberitahu pihak berkuasa bahawa dia mengenali seorang individu menerusi aplikasi media sosial yang kemudian memintanya membawa dadah ke luar negara.

Menurut laporan itu, individu berkenaan didakwa menawarkan bayaran lumayan sebagai ganjaran dan menyerahkan sepasang kasut kepadanya untuk digunakan dalam perjalanan tersebut.

Sementara itu, polis Jepun dan pihak berkuasa berkaitan percaya kelima-lima suspek menerima arahan untuk membawa dadah berkenaan masuk ke negara itu.

Pihak berkuasa kini sedang menyiasat kemungkinan penglibatan sindiket penyeludupan dadah antarabangsa dalam kegiatan tersebut. - Awani 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved