Lima warganegara asing didenda RM4,000, jalankan aktiviti penipuan atas talian

LocalBusiness & Finance
27 Oct 2026 • 4:13 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Lima warganegara asing didenda RM4,000, jalankan aktiviti penipuan atas talian

JOHOR BAHRU: Empat warga China dan seorang warga Taiwan didenda RM4,000 masing-masing oleh Mahkamah Majistret, di sini hari ini atas pertuduhan menjalankan penipuan pelaburan dalam talian tidak wujud.

Kesemua tertuduh, Sun Chang, 32; Chih Hsien-Lung, 41; Fang Peihang, 36; Lyu Yahui, 36; dan Fang Peipei, 33, dijatuhkan hukuman itu selepas mereka mengaku bersalah di hadapan Majistret, Nor Zihan Abdul Rehman.

Berdasarkan kertas pertuduhan, mereka didakwa bersama-sama melakukan perbuatan menyalahi undang-undang, iaitu menipu pelabur melalui kegiatan pelaburan dalam talian tidak wujud yang bertentangan dengan Seksyen 417 Kanun Keseksaan.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di Royal Strand, Country Garden Danga Bay, di sini pada pukul 3.30 petang, 29 Januari lalu.

Sehubungan itu, mereka didakwa mengikut Seksyen 120B(2) Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 34 akta sama. Jika sabit kesalahan, mereka boleh dihukum penjara maksimum enam bulan atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Izdihiyah Zahirah Ahmad Ghazali, manakala kesemua tertuduh tidak diwakili peguam.-UTUSAN

The post Lima warganegara asing didenda RM4,000, jalankan aktiviti penipuan atas talian appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved