‘Scammer’ didenda RM4,000 tipu pelabur

LocalBusiness & Finance
27 Oct 2026 • 4:28 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: ‘Scammer’ didenda RM4,000 tipu pelabur

JOHOR BAHRU – Seramai lima individu warga asing masing-masing didenda RM4,000 oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini selepas mengaku bersalah atas pertuduhan pakatan jahat untuk menipu pelabur menerusi skim pelaburan dalam talian tidak wujud.

Kesemua tertuduh terdiri daripada empat warga China dan seorang warga Taiwan berusia antara 32 hingga 41 tahun.

Mereka ialah Sun Chang, 32, Chih Hsien-Lung, 41, Fang Peihang, 36, Lyu Yahui, 36, dan Fang Peipei, 33.

Kesemua mereka membuat pengakuan bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Nor Zihan Abdul Rehman.

Mengikut pertuduhan, mereka didakwa berpakat untuk melakukan perbuatan menyalahi undang-undang dengan menipu pelabur menerusi kegiatan pelaburan dalam talian yang tidak wujud.

Kesalahan itu didakwa dilakukan pada pukul 3.30 petang, 29 Januari lalu di Royal Strand, Country Garden Danga Bay di sini.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 120B(2) Kanun Keseksaan, dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan.

Mahkamah kemudian menjatuhkan hukuman denda RM4,000 terhadap setiap tertuduh, menjadikan jumlah keseluruhan RM20,000.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Izdihiyah Zahirah Ahmad Ghazali, manakala kesemua tertuduh tidak diwakili peguam. – KOSMO! ONLINE

The post ‘Scammer’ didenda RM4,000 tipu pelabur appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved