Lonjakan Dana Persekutuan: Kerajaan Negeri Bakal Terima Agihan RM10.5 Bilion Tahun Ini

LocalPolitics
6 Mar 2026 • 9:50 AM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

image is not available

Kerajaan Persekutuan di bawah pentadbiran MADANI terus memperkukuh kedudukan kewangan semua kerajaan negeri dengan unjuran pemberian yang bakal mencecah RM10.5 bilion bagi tahun ini.

Jumlah ini menunjukkan peningkatan berterusan berbanding RM10.3 bilion pada tahun 2025 dan RM8.1 bilion pada tahun 2022. Peningkatan ini diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Kewangan Negara (MKewN) 2026.

image is not available

Menurut beliau, langkah ini adalah selaras dengan kerangka Ekonomi MADANI yang menekankan pengagihan hasil negara secara adil dan saksama.

Artikel berkaitan : Anwar Gesa Gencatan Senjata Segera, Seru Henti Tindakan Provokatif di Asia Barat

Artikel berkaitan : Konflik Asia Barat: Kerajaan Tekad Pertahan Harga RON95

Inisiatif Utama & Penambahbaikan

Mesyuarat MKewN telah bersetuju untuk melaksanakan beberapa pembaharuan penting bagi manfaat rakyat di setiap negeri:

  • Pemberian Mengikut Bilangan Orang (PMBO): Kadar pemberian ini telah ditingkatkan bermula tahun 2026 sebagai usaha menyokong perkhidmatan kepada rakyat berdasarkan kepadatan penduduk.

  • Cukai Pelancongan 100%: Sempena Tahun Melawat Malaysia 2026, Kerajaan Persekutuan akan menyalurkan sepenuhnya 100 peratus kutipan Cukai Pelancongan kepada kerajaan negeri, berbanding agihan 50 peratus sebelum ini.

  • Penyenggaraan Jalan Negeri: Skop pemberian diperluas bagi merangkumi perolehan jambatan panel keluli modular (jambatan Bailey) serta kerja-kerja membaik pulih dan melebarkan longkang serta parit di sepanjang jalan negeri.

  • Penyaluran Lebih Awal: Semua pemberian di bawah Senarai Bersama akan disalurkan lebih awal bagi meningkatkan kemampanan aliran tunai kerajaan negeri.

  • Kerjasama Merentasi Ideologi Politik

    Dalam kenyataan yang sama, PM Anwar menegaskan bahawa Kerajaan MADANI sentiasa terbuka untuk bekerjasama rapat dengan semua kerajaan negeri tanpa mengambil kira pendirian politik masing-masing.

    image is not available

    “Penambahbaikan pemberian ini penting untuk memperhebat pembangunan sosioekonomi dan prasarana kritikal agar kita dapat berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah sebagai satu negara,” — Datuk Seri Anwar Ibrahim.

    Langkah ini dilihat sebagai pemacu utama dalam memastikan pembangunan infrastruktur dan kebajikan rakyat di peringkat akar umbi dapat dilaksanakan dengan lebih efisien dan pantas.

    Sumber : Awani | Facebook

    Sumber: Facebook Sumber: Facebook

    Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.