Lori Guna Lorong Kecemasan Sebelum Langgar MPV Polis Di Jalan Raya Jadi Perhatian [Video]

10 Nov 2026 • 11:30 AM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

Ikuti saluran TikTok, WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Umum mengetahui lorong kecemasan tidak boleh digunakan secara sesuka hati kecuali jika individu itu sememangnya berada dalam keadaan memerlukan seperti kereta rosak, mengalami masalah kesihatan dan sebagainya.

Namun ada segelintir pemandu yang mementingkan diri apabila menggunakan laluan kecemasan ini kerana mahu cepat sampai ke destinasi.

Tular rakamaan dashcam lori geser bahagian sisi pintu MPV polis

Baru-baru ini tular di media sosial memaparkan sebuah lori dipercayai membawa barangan seperti makanan yang menjadi perhatian apabila melanggar kereta MPV polis.

Menerusi video dashcam yang dikongsikan oleh Bob Anas di Threads, awalnya kelihatan lori berkenaan menggunakan lorong kecemasan sewaktu melalui sebuah jalan raya.

Lori turut dipandu secara berbahaya dan guna laluan kecemasan

Bukan hanya itu, turut kelihatan kenderaan terbabit turut dipandu secara berbahaya sebelum bertindak masuk ke lorong lain selepas menggunakan laluan kecemasan.

Namun apa yang menjadi perhatian, ketika ingin masuk ke laluan kiri kelihatan lori berkenaan bergeser dengan sebuah MPV Polis di bahagian pintu sebelah kanan yang ketika itu sedang berhenti.

Ketika insiden berlaku, kereta MPV polis itu dipercayai berada di laluan kecemasan tersebut dan sedang menahan sebuah kereta Perodua Ativa.

View on Threads

Kereta MPV polis bahagian kanan kelihatan remuk

Dalam video jelas bahagian sebelah kanan MPV berkenaan turut dilihat seperti remuk akibat geseran itu.

Menerusi rakaman dashcam itu, insiden dipercayai berlaku jam 1 tengah hari pada 7 November yang lalu.

Di ruangan komen, ada yang berkongsi foto memaparkan lori berkenaan telah berhenti di bahu jalan berhadapan dengan MPV polis yang dilanggarnya.

Image from: Lori Guna Lorong Kecemasan Sebelum Langgar MPV Polis Di Jalan Raya Jadi Perhatian [Video]

Tindakan lori disifatkan boleh undang kemalangan

Tidak kurang ada yang mengatakan tindakan pemandu lori tersebut juga boleh mengundang bahaya dan mengancam nyawa kepada pengguna jalan raya lain.

Malah ada yang turut menyedari anggota polis yang berada di kawasan tersebut turut melompat sewaktu kereta MPV berkenaan dilanggar lori terbabit.

“Selalu buat tak ada polis parkir tepi jalan. Kali ni buat polis parkir tepi jalan pula”

Image from: Lori Guna Lorong Kecemasan Sebelum Langgar MPV Polis Di Jalan Raya Jadi Perhatian [Video]

“Batalkan lesen pemandu, batalkan permit lori dan lucuk hak lori, biar majikan meloncat dekat pemandu”

Image from: Lori Guna Lorong Kecemasan Sebelum Langgar MPV Polis Di Jalan Raya Jadi Perhatian [Video]

“Yang pandu lori tu pun tak nampak ke?”

Image from: Lori Guna Lorong Kecemasan Sebelum Langgar MPV Polis Di Jalan Raya Jadi Perhatian [Video]
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved