Lori paling banyak guna ‘tayar botak’

LocalCars
29 Oct 2026 • 8:45 AM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Lori paling banyak guna ‘tayar botak’

KUANTAN – Penggunaan ‘tayar botak’ yang boleh mengancam nyawa orang ramai bagaikan tidak berkesudahan apabila setiap bulan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) mengesan hampir 100 kenderaan yang menggunakan tayar tersebut di negeri ini.

Lebih membimbangkan lagi apabila kebanyakan kes yang dikesan melibatkan lori melebihi lapan tan yang sekiranya berlaku kemalangan boleh membahayakan pengguna jalan raya lain sehingga membawa kepada kemalangan maut.

JPJ Pahang dalam kenyataan memaklumkan, dalam tempoh 10 bulan pertama tahun ini sebanyak 992 kes ‘tayar botak’ berjaya dikesan dalam operasi dilakukan agensi berkenaan di negeri ini.

Menurutnya, daripada jumlah itu, lori melebihi 7.5 tan merekodkan kes tertinggi sebanyak 793 kes atau kira-kira 80 pe­ratus daripada keseluruhan kes.

“Berdasarkan operasi di Pahang termasuk Kawasan Perindustrian Gebeng dan ­Lebuh Raya Pantai Timur (LPT1) merekodkan sebanyak 793 kes melibatkan lori 7.5 tan ke atas, manakala lori bawah 7.5 tan (196 kes), bas persiaran (2) dan lain-lain bas (1).

“Kes ini melibatkan ke­salahan tidak menyelenggara tayar mengikut Kaedah 105 kaedah-Kaedah Kenderaan Motor (Pembinaan dan Penggunaan) 1959,” katanya di sini
semalam.

Kosmo! pada Sabtu lalu me­laporkan taktik segelintir pemilik lori yang menyewa tayar pada kadar RM100 hingga RM250 semata-mata untuk melepasi pemeriksaan Puspakom bagi mengurangkan kos penyelenggaraan kenderaan.

Amalan itu dipercayai sudah dilakukan sejak sekian lama dengan bantuan sesetengah bengkel atau kedai tayar yang menawarkan perkhidmatan menyewa tayar untuk digunakan ketika pemeriksaan berkala.

Malah, perkhidmatan menyewa tayar turut melibatkan kenderaan persendirian dengan kebanyakan kereta yang dibawa ke Puspakom adalah selepas melakukan penukaran enjin atau penukaran nama setelah kematian pemilik.

Perkhidmatan menyewa tayar itu turut melibatkan pakej keseluruhan termasuk pengubahsuaian brek dan sebagainya bagi memastikan lulus pemeriksaan Puspakom dengan kos kira-kira RM600.

The post Lori paling banyak guna ‘tayar botak’ appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved