Tiga maut kemalangan di Gua Musang

31 Jul 2026 • 10:00 AM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Tiga maut kemalangan di Gua Musang

GUA MUSANG: Tiga orang termasuk kanak-kanak maut selepas kereta yang mereka naiki bertembung dengan sebuah treler membawa muatan diesel di Jalan Gua Musang-Kuala Krai, berhampiran Gua Sejuk, di sini hari ini.

Kejadian kira-kira pukul 6.30 pagi itu turut meragut nyawa seorang lelaki dan seorang wanita.

Seorang lagi wanita yang berada dalam kereta tersebut mengalami kecederaan dihantar ke Hospital Gua Musang bagi mendapatkan rawatan lanjut.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Gua Musang, Muhammad Azrul Izzham Zulkifli berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kemalangan itu pada pukul 7.16 pagi.

Katanya, seramai lapan anggota bersama dua jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Gua Musang digerakkan ke lokasi kejadian.

“Pasukan bomba tiba di lokasi kira-kira pukul 7.52 pagi sebelum mendapati kemalangan membabitkan sebuah treler membawa muatan diesel dengan sebuah Perodua Myvi.

“Treler itu dipercayai dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Kota Bharu. Kemalangan itu menyebabkan mangsa tersepit di dalam kereta sebelum anggota bomba mengeluarkan mereka menggunakan peralatan khas menyelamat,” katanya di sini hari ini.

Muhammad Azrul Izzham berkata, mayat ketiga-tiga mangsa diserahkan kepada polis dan siasatan lanjut sedang dijalankan bagi mengenal pasti punca kemalangan.- UTUSAN

The post Tiga maut kemalangan di Gua Musang appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved