
PETALING JAYA – Pengguna Lebuh Raya Kuala Lumpur-Karak (KLK) berdepan kesesakan sepanjang 4.6 kilometer susulan sebuah kenderaan dipercayai lori tangki terbakar di Kilometer 34 arah Timur menghala Kuantan, petang ini.
Berdasarkan maklumat trafik pada pukul 2.31 petang, kejadian itu menyebabkan lorong kiri lebuh raya berkenaan terhalang sekali gus mengakibatkan aliran trafik bergerak perlahan.
Kejadian berkenaan turut mendapat perhatian pengguna media sosial selepas rakaman memaparkan asap hitam tebal dari sebuah kenderaan di laluan berkenaan tular di Threads.
Pengguna Threads, @mamuuuuuu_ mendakwa kenderaan yang terbakar itu merupakan sebuah lori tangki dan kejadian berlaku di sekitar Genting Sempah.
“Gila-gila lori tanker terbakar sekitar kawasan Genting Sempah hala Bentong,” tulisnya.
Seorang lagi pengguna, @syakirasofy yang dipercayai turut terperangkap dalam kesesakan menyifatkan keadaan trafik di lebuh raya berkenaan sangat sesak.
“Ya Allah bang, patutlah jem gila. Aishh lebuh raya ni setiap minggu ada je benda berlaku,” tulisnya. – KOSMO! ONLINE
The post Lori tangki pula terbakar, trafik KL-Karak sesak 4.6 kilometer appeared first on Kosmo Digital.



![[VIDEO] Terperangkap 2 jam dalam kemalangan selepas selekoh Janda Baik](https://imgproxy.newswav.com/139x0,q50=/https://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2026/09/a58f4401-f35f-4630-8db2-2fee38d50663-1024x667.jpeg)


![[VIDEO] Lori melintang tutup laluan Genting Sempah ke Gombak](https://imgproxy.newswav.com/139x0,q50=/https://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2026/09/WhatsApp-Image-2026-09-04-at-18.24.56-1024x768.jpeg)