LRT Laluan Kelana Jaya alami kelewatan akibat gangguan sistem isyarat

17 Sep 2026 • 9:39 AM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

LRT Laluan Kelana Jaya alami kelewatan akibat gangguan sistem isyarat

SHAH ALAM, 17 SEPT: Perkhidmatan Transit Aliran Ringan (LRT) Laluan Kelana Jaya mengalami kelewatan pagi ini susulan gangguan sistem isyarat tren.

Rapid KL memaklumkan perkhidmatan tren kini beroperasi secara manual antara Stesen USJ 21 dan Taipan, menyebabkan pergerakan tren lebih perlahan serta tempoh berhenti di platform lebih lama.

"Pasukan teknikal kini sedang menjalankan kerja-kerja pemulihan bagi memastikan perkhidmatan kembali normal.

"Bagi memastikan keselamatan dan kelancaran pergerakan penumpang, anggota polis bantuan serta petugas stesen telah ditempatkan di stesen-stesen yang terjejas untuk memberikan bantuan dan panduan," katanya dalam kenyataan hari ini.

Rapid KL berkata, sebarang perkembangan lanjut akan dimaklumkan dari semasa ke semasa menerusi saluran media sosial rasmi Rapid KL dan aplikasi MyRapid PULSE.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved