![Image from: [VIDEO] LRT alami gangguan sistem komunikasi, stesen Putra Heights sesak](https://imgproxy.newswav.com/665x0,q50=/https://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2026/09/WhatsApp-Image-2026-09-17-at-08.37.48-e1789605662771-1024x606.jpeg)
PETALING JAYA – Pengguna transit aliran ringan (LRT) sekali lagi terpaksa berhadapan dengan kesesakan apabila perkhidmatan tersebut mengalami gangguan pagi ini.
Menerusi perkongsian di aplikasi Threads, seorang pengguna dikenali sebagai Dausrmli berkata, keadaan itu menyebabkan di Stesen LRT Putra Heights kini sesak dengan orang ramai.
“Apa kes ni??!. LRT problem (rosak) lagi ke harini? Huhu, ramai betul orang dekat LRT Putra Height ni,”tulisnya.
Sementara itu, Rapid KL dalam satu kenyataan memaklumkan, ketika ini perkhidmatan LRT mengalami gangguan sementara dan ketidakstabilan sistem komunikasi di Stesen USJ21.
“Bagi memastikan keselamatan serta kelancaran operasi, perkhidmatan tren di antara Stesen USJ21 dan Stesen Taipan akan dipandu secara manual.
“Sehubungan itu, pergerakan tren mungkin lebih perlahan dan tempoh berhenti di platform mungkin lebih lama daripada biasa di stesen berkenaan,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE
The post [VIDEO] LRT alami gangguan sistem komunikasi, stesen Putra Heights sesak appeared first on Kosmo Online.


![[VIDEO] Tengah azan subuh, masih buat projek curi kabel](https://imgproxy.newswav.com/139x0,q50=/https://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2026/09/WhatsApp-Image-2026-09-15-at-12.06.05-PM-1024x768.jpeg)



![[VIDEO] ‘Hari Isnin mesti sejam beratur nak naik tren’](https://imgproxy.newswav.com/139x0,q50=/https://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2026/09/WhatsApp-Image-2026-09-07-at-10.01.00-AM-1024x662.jpeg)