LRT3: MBDK bakal sedia laluan pejalan kaki, pasang lampu demi keselamatan pengguna

29 Jun 2026 • 12:05 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

LRT3: MBDK bakal sedia laluan pejalan kaki, pasang lampu demi keselamatan pengguna

SHAH ALAM, 29 JUN: Majlis Bandaraya Diraja Klang (MBDK) akan memperkukuh kemudahan keterhubungan di sekitar stesen Transit Aliran Ringan 3 (LRT3), termasuk menyediakan laluan pejalan kaki dan memasang lampu jalan bagi menjamin keselesaan serta keselamatan pengguna.

Datuk Bandarnya, Dato' Abdul Hamid Hussain berkata langkah itu akan dilaksanakan selepas menerima maklum balas pengguna sepanjang tempoh awal operasi LRT3 dengan kerjasama pihak pengendali perkhidmatan.

Image from: LRT3: MBDK bakal sedia laluan pejalan kaki, pasang lampu demi keselamatan pengguna
Datuk Bandar Klang Dato' Abdul Hamid Hussain

“LRT3 baru dilancarkan semalam, jadi kita akan lihat maklum balas pengguna dan dalam proses uji cuba. Kita lihat keperluan orang awam ini dan akan bekerjasama dengan pemilik LRT ini.

“Selaku pihak berkuasa tempatan, kalau ada masalah berbangkit atau dilaporkan, kita akan selesaikan. Kalau kawasan gelap, akan terangkan bagi mengelak pengguna jatuh longkang atau tersadung,” katanya kepada Media Selangor.

Beliau berkata MBDK juga akan memastikan aspek keselamatan dan akses ke stesen diberi perhatian supaya orang ramai dapat menggunakan pengangkutan awam dengan lebih selesa.

Image from: LRT3: MBDK bakal sedia laluan pejalan kaki, pasang lampu demi keselamatan pengguna
Dato' Menteri Besar, Dato' Seri Amirudin Shari bersama EXCO Mobiliti Ng Sze Han dan Datuk Bandar Klang, Dato' Abdul Hamid Hussain menaiki Bas EV Smart Selangor Majlis Bandaraya Diraja Klang (MBDK) ke Majlis Peluncuran Laluan Shah Alam (LRT3) di Johan Setia, Klang yang disempurnakan oleh Perdana Menteri Dato’ Seri Anwar Ibrahim pada 28 Jun 2026. Foto Facebook Majlis Bandaraya Diraja Klang

Bagaimanapun, Abdul Hamid berkata kekangan parkir di sekitar stesen dijangka menjadi antara cabaran awal susulan pembukaan LRT3, justeru beliau berharap Rapid Rail dapat memperluaskan perkhidmatan bas perantara bagi mengurangkan kebergantungan pengguna terhadap kenderaan persendirian.

“Kita harap perkhidmatan LRT ini akan memudahkan penduduk. Untuk kawasan pentadbiran MBDK, ada sembilan stesen bermula dari Bandar Baru Klang hingga Johan Setia. Satu lagi stesen akan diguna kemudian.

“Sebagai PBT, kita berusaha dalam memastikan perjalanan masyarakat daerah ini tidak terganggu dengan isu keterhubungan,” katanya.

Minggu lalu, Dato' Menteri Besar Dato' Seri Amirudin Shari mengarahkan semua pihak berkuasa tempatan (PBT) menyemak semula kemudahan keterhubungan pengangkutan awam di Selangor bagi memastikan pengguna menikmati perjalanan yang selesa dan selamat.

Beliau turut menegaskan Kerajaan Negeri bersedia menyediakan peruntukan tambahan sekiranya diperlukan bagi menambah baik kemudahan berkaitan.

Image from: LRT3: MBDK bakal sedia laluan pejalan kaki, pasang lampu demi keselamatan pengguna
Perdana Menteri Dato’ Seri Anwar Ibrahim bersama kakitangan Prasarana ketika majlis Peluncuran laluan Shah Alam di Depoh Johan Setia Klang pada 28 Jun 2026. Hadir sama Menteri Pengangkutan Anthony Loke, Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu, Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar serta Dato' Menteri Besar Selangor Dato' Seri Amirudin Shari. Foto NUR ADIBAH AHMAD IZAM/MEDIASELANGOR

Bermula hari ini, orang ramai boleh menikmati perkhidmatan LRT3 Laluan Shah Alam dan bas perantaranya secara percuma selama sebulan sempena pembukaan rasmi laluan baharu itu.

Inisiatif berkenaan diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika merasmikan LRT3 Laluan Shah Alam di Depoh Johan Setia semalam.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved