LTAT jual kepentingan pajakan tanah Ampang Hilir kepada Amerika Syarikat pada harga RM420 juta

LocalBusiness & Finance
27 Oct 2026 • 9:00 AM MYT
DagangNews.com
DagangNews.com

Berita bisnes anda

LTAT jual kepentingan pajakan tanah Ampang Hilir kepada Amerika Syarikat pada harga RM420 juta Image from: LTAT jual kepentingan pajakan tanah Ampang Hilir kepada Amerika Syarikat pada harga RM420 juta johardy27/10/2026 - 09:00 Oleh Muhammad Iman editor@dagangnews.com

KUALA LUMPUR 27 Okt - Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) menjual kepentingan pajakannya ke atas sebidang tanah di Ampang Hilir kepada kerajaan Amerika Syarikat (AS) pada harga RM420 juta menerusi proses tender sebagai sebahagian usaha mengimbangi semula portfolio asetnya.

 

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, kerajaan AS berhasrat membina kedutaan baharu di tapak berkenaan.

 

Beliau memaklumkan perkara itu ketika menggulung perbahasan Belanjawan 2027 di Dewan Rakyat pada Isnin.

 

Bagaimanapun, katanya, hak milik tanah tersebut kekal di bawah Pesuruhjaya Tanah Persekutuan kerana urus niaga itu hanya melibatkan kepentingan pajakan.

 

Menurut Khaled, beberapa pihak mengemukakan bidaan bagi tanah tersebut dan pelupusannya mematuhi dasar, prosedur serta keperluan tadbir urus LTAT dan undang-undang berkaitan.

 

Terdahulu, Onn Abu Bakar (PH-Batu Pahat) meminta penjelasan mengenai status tanah di Jalan U Thant di Kuala Lumpur itu.

 

Status tanah dan kaveat dipersoalkan

Onn berkata, carian tanah mengenal pasti hartanah itu sebagai Lot 11972 seluas 50,450 meter persegi dengan kegunaan yang ditetapkan terhad kepada tujuan kediaman.

 

Beliau turut mempersoalkan mengapa kerajaan AS menerusi Kedutaan AS memasukkan kaveat ke atas tanah tersebut pada 2 Disember 2025.

 

Onn meminta penjelasan sama ada tanah itu telah dijual, harga jualannya dan pihak yang meluluskan urus niaga berkenaan.

 

Beliau turut mempersoalkan rasional pelupusan itu dengan merujuk tanggungjawab LTAT menjaga kebajikan anggota tentera termasuk menyediakan perumahan untuk mereka. - DagangNews.com

Terkini standard
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved