Lubang benam sedalam lapan meter, Jalan Gua Musang-Kota Bharu ditutup

10 Oct 2026 • 3:40 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

Lubang benam sedalam lapan meter, Jalan Gua Musang-Kota Bharu ditutup

GUA MUSANG, 10 OKT: Laluan Persekutuan FT08 di Jalan Gua Musang-Kota Bharu berhampiran Taman Rekreasi Kesedar di sini ditutup kepada semua kenderaan hari ini susulan kejadian lubang benam sedalam kira-kira lapan meter.

Kejadian dilaporkan pada 9.05 pagi tadi melibatkan kawasan sepanjang kira-kira sembilan meter di Seksyen 205.556 hingga 205.564, membabitkan jajaran projek Lingkaran Tengah Utama (LTU) Pakej 3B dan 3C.

Menurut laporan Jabatan Kerja Raya (JKR) Gua Musang dan Roadcare (M) Sdn Bhd, penutupan dilaksanakan bagi menjamin keselamatan pengguna jalan raya sementara tindakan lanjut diambil.

Pengguna jalan raya dinasihatkan menggunakan laluan alternatif melalui FT2747, iaitu Jalan Pulai ke Bandar Baharu Gua Musang.

Ketua Polis Daerah Gua Musang Supt Sik Choon Foo ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan menasihati pengguna jalan raya supaya mematuhi arahan pihak berkuasa.

-- BERNAMA

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved