Jalan projek LTU Gua Musang ditutup akibat lubang benam

10 Oct 2026 • 1:07 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Jalan projek LTU Gua Musang ditutup akibat lubang benam

GUA MUSANG: Laluan FT08 jajaran projek Lingkaran Tengah Utama (LTU) Pakej 3B dan 3C di Jalan Gua Musang-Kota Bharu berhampiran Taman Rekreasi Kesedar di sini, ditutup kepada semua kenderaan selepas berlaku kejadian lubang benam hari ini.

Kejadian berlaku kira-kira pukul 9.05 pagi melibatkan kawasan berukuran kira-kira lapan meter (m) kedalaman dan sembilan meter panjang.

Menurut laporan Jabatan Kerja Raya (JKR) Gua Musang dan Roadcare (M) Sdn. Bhd, lokasi kejadian membabitkan laluan FT08 di Seksyen 205.556 hingga 205.564 di jajaran projek LTU Pakej 3B dan 3C. 

Katanya, pengguna jalan raya dinasihatkan menggunakan laluan alternatif melalui FT2747 iaitu Jalan Pulai ke Bandar Baru Gua Musang.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintenden Sik Choon Foo ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu. – UTUSAN

The post Jalan projek LTU Gua Musang ditutup akibat lubang benam appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved