MAA gesa kerajaan perluas tambahan 100 liter diesel bersubsidi kepada pemilik MPV

LocalCars
26 Jun 2026 • 3:58 PM MYT
DagangNews.com
DagangNews.com

Berita bisnes anda

MAA gesa kerajaan perluas tambahan 100 liter diesel bersubsidi kepada pemilik MPV Image from: MAA gesa kerajaan perluas tambahan 100 liter diesel bersubsidi kepada pemilik MPV hamden26/06/2026 - 15:58 editor@dagangnews.com

KUALA LUMPUR 26 Jun - Persatuan Automotif Malaysia (MAA) berharap kerajaan dapat mempertimbangkan untuk melanjutkan pemberian tambahan 100 liter diesel bersubsidi kepada pemilik kenderaan pelbagai guna (MPV).

 

Dalam satu kenyataan, persatuan itu berkata, ketika ini langkah tersebut hanya diberikan kepada pemilik trak pikap dan kenderaan utiliti sukan (SUV) yang layak.

 

“Memandangkan MPV berkuasa diesel hanya menyumbang kira-kira 1% daripada jumlah keseluruhan industri (TIV), peluasan subsidi kepada segmen ini hanya akan memberi impak fiskal yang minimum, namun mampu memberikan bantuan yang bermakna kepada keluarga yang bergantung kepada kenderaan tersebut,” katanya.

 

Pada 22 Jun, kerajaan memutuskan untuk memberikan tambahan 100 liter diesel bersubsidi, selain peruntukan sedia ada sebanyak 200 liter, kepada pemilik trak pikap dan SUV yang layak.

 

Sementara itu, MAA berpandangan mekanisme subsidi yang dipertingkatkan itu akan membantu memulihkan keyakinan pengguna, khususnya bakal pembeli yang menangguhkan pembelian kenderaan selepas pelaksanaan rasionalisasi subsidi diesel.

 

“Langkah ini dijangka menggalakkan pengguna untuk meneruskan semula rancangan pembelian mereka, khususnya bagi segmen trak pikap yang kini semakin popular sebagai kenderaan gaya hidup, serta SUV berkuasa diesel,” katanya.

 

Sejak harga diesel diapungkan pada 10 Jun 2024, yang menyaksikan harga runcit meningkat daripada RM2.15 seliter kepada RM4.07 seliter mengikut harga pasaran, MAA mendapati permintaan terhadap kenderaan berkuasa diesel merosot dengan ketara.

 

“Jualan kenderaan diesel, khususnya dalam segmen trak pikap dan SUV di Semenanjung Malaysia, telah merosot hampir 25%,” katanya.

 

MAA berharap dapat meneruskan libat urus dengan kementerian berkaitan bagi memastikan langkah-langkah dasar yang diperkenalkan terus menyokong pengguna serta pembangunan industri automotif secara keseluruhan. -  BERNAMA

Terkini standard
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved