“Maafkan Saya Irene Sofiya” – Kamal Affandi Kecewa, Cadangan & Usaha Tangani Isu Sekolah Termasuk Buli Tak Dapat Perhatian

LocalPolitics
5 Oct 2026 • 4:02 PM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

“Maafkan Saya Irene Sofiya” – Kamal Affandi Kecewa, Cadangan & Usaha Tangani Isu Sekolah Termasuk Buli Tak Dapat Perhatian

Ikuti saluran TikTok, WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Kes pembunuhan pelajar tingkatan empat, Irene Sofiya Mohd Khairool Faisal di dewan sekolah menegah di Yong Peng, Johor nyata mendapat perhatian ramai termasuklah penganalisis jenayah, Kamal Affandi Hashim.

Kamal Affandi Luah Rasa Kecewa, Dakwa Pernah Suarakan Cadangan Tangani Isu Persekolahan Termasuk Buli

Menerusi satu hantaran di Facebook, Kamal yang juga seorang bekas anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) meluahkan rasa kecewa dan kesal apabila cadangannya untuk menangani isu persekolahan termasuk kes buli tidak mendapat perhatian yang sewajarnya.

Dakwanya, dia pernah menyuarakan idea serta cadangan menangani isu berkenaan kepada pihak berkaitan antaranya seperti Setiausaha Politik (SUPOL) Menteri Pendidikan serta menghantar sendiri mesej kepada Menteri Pendidikan, Datuk Seri Fadhlina Sidek namun tiada balasan.

“Saya pernah bercakap depan-depan pada masa itu dengan SUPOL Menteri Pendidikan setahun lebih yang lalu berkenaan isu-isu di sekolah-sekolah.

“Saya utarakan beberapa idea. Dia kata akan hubungi untuk bincang lebih lanjut. Cukup tiga bulan menunggu tiada khabar berita, saya tinggalkan pesanan dekat pejabat Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) beberapa kali tetapi tiada balasan sampai sekarang.

“Baru-baru ini sebelum kes Yong Peng, lelah menunggu lama saya terus hantar mesej mesej Facebook kepada YB Menteri sendiri.

“Dua tiga hari takde respon, saya komen pulak di page rasmi mohon lihat peti masuk. Setakat hari ni, belum mendapat respon.

“Begitu juga bila timbul isu buli dalam tahun ini. Saya ada baca saranan Ketua Puteri di Facebooknya untuk masyarakat sama-sama ganding bahu banteras buli.

“So saya komen, jom kita bekerjasama atau buat sama-sama. Setakat hari ni, berbulan dah tapi belum ada respon,” dakwanya dengan nada kesal.

Kamal Affandi Bersangka Baik, Pernah Terlibat Dengan Beberapa Nama Besar

Kongsi Kamal yang pernah membintangi filem Sheriff: Narko Integriti, beliau masih bersangka baik dan menyangka kemungkinan pentadbir laman yang terlibat tidak mengenalinya.

Malah, beliau juga turut berkongsi pengalaman lalu bekerjasama beberapa nama besar lain yang mengambil kira pendapatnya.

“Sekadar info, saya juga pernah berinteraksi secara langsung dengan Perdana Menteri, beberapa Timbalan Perdana Menteri (TPM), YB Menteri, Timbalan-timbalan Menteri, EXCO Negeri, Ketua Setiausaha (KSU), Ketua Pengarah (KP) dan Pengarah etc bagi isu-isu lain.

“Siapa antaranya? Pak Lah (Tun Abdullah Ahmad Badawi), Bosku (Datuk Seri Najib Razak), DS Ismail Sabri, PMX (Datuk Seri Anwar Ibrahim), DS Zahid Hamidi, Dr Wan Azizah, DS H20, TS Sharizat Jalil, YB Noraini Ahmad, YB MDN, DS Suriani Ahmad, IGP, KPKL, KP Imigresen, Exco Pertanian Terengganu, Exco Wanita Perak dan Johor serta ramai lagi. Pantas dan tuntas mereka bertindak. Cemerlang!

“Pun begitu, ada juga pemegang taruh lain yang langsung tak hirau atau sekadar pandai berjanji.

“Barangkali mereka dan penasihat-penasihat di sekeliling mereka mempunyai optik dan prioriti yang berbeza. Siapa mereka? Biarlah rahsia,” tulisnya.

Dakwa Beberapa Inisiatif Kerajaan Ada Footprint & DNA Miliknya, Tak Kisah Kerana Mahu Buat Demi Negara

Malah Kamal mendakwa, terdapat beberapa inisiatif kerajaan yang telah menciplak dan menggunakan idea asal darinya.

Namun jelas Kamal, dia tidak kisah kerana semua ini dilakukan demi negara dan generasi akan datang.

“Sejujurnya, ada beberapa inisiatif kerajaan dengan footprint dan DNA saya kena ciplak. Tapi saya tak bising claim sebab saya lakukan bukan kerana nama.

“Saya lakukan kerana saya seorang patriot, demi tanah air dan generasi mendatang,” tulisnya.

Perkongsian Bukan Untuk Cari Salah Siapa, Mahu Segala Kelemahan Diperbaiki

Menerusi hantaran sama, Kamal turut memohon maaf kepada arwah Irene Sofiya kerana usahanya untuk membantu menangani isu persekolahan dipandang sepi oleh sesetengah pihak.

Namun jelas Kamal, perkongsiannya itu bukanlah untuk mencari kesalahan sebaliknya hanya mahu keadaan dapat diperbaiki.

“Jadi adik Irene Sofiya, maafkan saya kerana saya telah berusaha sebaik mungkin menawarkan diri tetapi sama ada dek terlepas pandang, bertepuk sebelah tangan atau ibarat melukut di tepi gantang, hanya masa akan menentukan.

“Nukilan ini bukan untuk mencari siapa yang salah. Tulisan ini berkenaan apa yang lemah dan mahukan khilaf itu diperbaiki.

“Aku janji saya tetap sama. Biarpun tiada lencana, pingat dan kalung disemat di dada, berusaha menyelamatkan mereka yang senasib denganmu dengan caraku sendiri takkan saya hentikan selagi saya masih bernyawa.

“Al-Fatihah kepada semua adik-adikku yang pengakhirannya sama, penuh tragis dan air mata,” tulisnya.

Baca Artikel Berkaitan: Dakwaan Irene Sofiya Diseret Dari Surau Ke Tempat Kejadian Adalah Tidak Benar – Fadhlina

Baca Artikel Berkaitan: Kes Bunuh Irene Sofiya: “Saya Peluk Fiya Sambil Ajar Ucap Kalimah Syahadah” – Nenek [Video]

Baca Artikel Berkaitan: Kes Bunuh Irene Sofiya: “Saya Akan Terus Berjuang Agar Anak Saya Mendapat Keadilan” – Bapa [Video]

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved