“Macam Borak Dengan Kawan” – Pilot Batik Air Dipuji, Beri Pengumuman Secara Santai [Video]

LocalTravel
16 May 2025 • 3:16 PM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

image is not available

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Pasti ramai di antara kita yang pernah menaiki kapal terbang sama ada penerbangan domestik mahupun antarabangsa bukan?

Sudah menjadi satu prosedur operasi standard (SOP) bagi pramugara atau pramugari serta juruterbang untuk berkomunikasi dengan penumbang mengenai maklumat penerbangan dan prosedur keselamatan.

Tidak dinafikan, tidak semua penumpang yang akan memberi tumpuan terhadap pengumuman yang dibuat oleh juruterbang.

Tular pilot bagi announcement macam berbual dengan rakan

Pun begitu, lain pula dengan seorang juruterbang Batik Air ini yang berjaya menarik perhatian bukan sahaja penumpang, bahkan netizen dengan pengumumannya yang penuh santai dan menghiburkan.

Menerusi hantaran video yang dimuat naik di akaun TikTok @aminkhairani, kedengaran jelas pengumuman itu dibuat sebelum pesawat berlepas menuju ke Lapangan Terbang Kuching (KCH), Sarawak dipercayai dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Pemilik video, Khairul Amin yang berada dalam penerbangan tersebut telah tertarik dengan pengumuman berkenaan dan bertindak merakamnya.

“Seronok juruterbang Batik Air ni, dia ajak bersembang pula. Terima kasih Batik Air,” tulisnya di dalam video.

Pilot Batik Air siap boleh bergurau dengan penumpang

Bukan hanya membuat pengumuman secara santai seperti sedang berbual, kapten penerbangan itu juga sempat berseloroh dengan para penumpangnya.

“Sekarang kita sedang menuju ke hujung landasan lapangan terbang di mana kita akan berangkat nanti, di depan kita yang saya nampak ada lima buah pesawat semua dah ambil nombor tak boleh potong que. Sini kalau potong que memang cari pasal.

“Kita akan terbang setinggi 33,000 kaki dari aras laut, kelajuan untuk hari ini tak laju, 8 batu seminit sahaja dan masa penerbangan satu jam 30 minit ke Kuching, itupun kalau tiada apa-apa hal di lalu lintas udara nanti.

“Saya minta tuan-tuan dan puan-puan pakai lah tali pinggang untuk keselamatan asalkan jangan bawa balik, tali pinggang itu untuk mengelakkan kita daripada melambung ke sini, melekat ke sana jadi Cicak Man lepas itu jatuh bawah sakit,” kata juruterbang itu.

Sempat ucap Selamat Hari Guru

Beliau turut tidak melepaskan peluang mengucapkan Selamat Hari Guru yang jatuh pada hari ini (16 Mei) kepada para penumpang yang mungkin terdiri daripada warga pendidik.

Difahamkan, Kapten terbabit yang dikenali sebagai Kapten Farid Rahman turut hadir memberi komen pada hantaran video tersebut.

“Terima kasih kerana sudi naik Batik Air, jumpa lagi di lain penerbangan. Senyum senyum selalu,” ringkas tulisnya.

image is not available

Ramai puji cara kapten Batik Air buat pengumuman

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengguna media sosial memuji cara Kapten Farid memberi pengumuman itu.

Ramai yang berpendapat cara berkenaan dapat menghiburkan penumpang selain mengurangkan rasa gementar seseorang yang takut akan ketinggian dan sebagainya.

Tidak kurang juga ada individu yang ingin memilih Batik Air selepas ini kerana berharap dapat menaiki pesawat yang dikenalikan oleh Kapten Farid.

image is not available

image is not available

image is not available

image is not available

Source: