“Macam Budak” – Cubaan Gajah Liar ‘Melencong’ Ketika Dipindahkan Buat Ramai Geli Hati [Video]

21 May 2025 • 6:48 PM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

image is not available

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Gajah merupakan salah satu haiwan dalam negara yang dikategorikan sebagai haiwan terancam dan berdepan pelbagai risiko akibat konflik antara manusia dan alam sekitar.

Bagi mengelakkan konflik berterusan, terdapat gajah liar yang perlu dipindahkan ke tempat yang lebih selamat.

Di sinilah timbulnya peranan gajah denak yang telah dijinakkan dan ditugaskan bagi membantu dalam pemindahan gajah-gajah liar yang tersesat.

Sepasang Gajah Denak Terlibat Dalam Operasi Pemindahan Gajah Liar

Baru-baru ini, satu hantaran di TikTok (@dayahshahani) menunjukkan situasi dua ekor gajah denak yang sedang menjalankan tugas mereka.

Keadaan yang dirakamkan di kawasan perumahan di sekitar Kampung Bongor, Gerik, Perak itu menyaksikan seekor gajah liar yang ditarik oleh sepasang gajah denak berkenaan.

Dia yang kelihatan ditarik menggunakan rantai besi di bahagian leher seolah-olah terpaksa mengikut dua ekor gajah di hadapannya.

Malah, gajah liar itu juga sempat cuba ‘melencong’ ke satu laluan di hadapan sebuah rumah, sebelum dimarahi oleh salah seorang penjaga gajah yang turut serta dalam operasi tersebut.

“Member dipaksa pulang berat betul kaki melangkah. Lagi kaki tu nak melencong. Moga baik-baik abam besar di tempat baharu,” tertulis di kapsyen tersebut.

@dayahshahani Member di paksa pulang berat nau kaki melangkah , dan lagi kaki tu nak melencong…moga baik baik abam besar di tempat baru.. #thisisGERIK ♬ original sound – D A Y A H S H A H A N I 🕊️

Tonton video penuh [DI SINI].

Ramai Terhibur Lihat Telatah Gajah Liar Seolah Terpaksa

Melihat keadaan itu pastinya membuatkan orang ramai terhibur, apatah lagi dengan kerenah comel gajah liar berkenaan yang terpaksa mengikut sahaja ke mana arah tuju.

“Dia jalan sambil hentak-hentak kaki macam budak bila suruh mandi tapi tak nak,” kata seorang wanita.

Tidak kurang juga yang menyedari sikap salah seekor gajah denak itu yang kelihatan seolah-olah bagai tersenyum.

Kata individu yang memuat naik video tersebut, gajah denak berkenaan dalam keadaan gembira kerana dijanjikan makanan yang banyak setelah menyelesaikan tugas tersebut.

Dalam masa sama, ada juga yang tertanya-tanya bagaimanakan gajah denak memujuk gajah liar untuk mengekorinya.

image is not available

image is not available

image is not available

image is not available

image is not available

image is not available

image is not available

image is not available

image is not available

image is not available

image is not available
Sumber gambar: @dayahshahani/ TikTok

Gajah Denak Bantu Uruskan Gajah Liar

Peranan gajah denak penting dalam operasi pemindahan gajah liar dari satu tempat ke tempat yang lain.

Mereka dilatih sebagai gajah pemikat untuk mengiringi seekor gajah liar ke tempat yang sepatutnya dan kebiasaannya bekerja secara berpasangan.

Dalam masa sama, seorang kakitangan Unit Tangkapan Gajah (UTG) negeri Pahang sebelum ini pernah menerangkan bahawa gajah liar yang menaiki lori akan memandang ke arah belakang.

Dia juga mengingatkan orang ramai agar berhati-hati jika mahu memotong lori yang sedang mengangkut gajah.