“Macam Kartun..” – Filem ‘Omniscient Reader’ Lakonan Lee Minho & Ahn Hyoseop Dikecam Dek CGI Murah

EntertainmentMovie
21 Jul 2025 • 11:28 AM MYT
KimchiDaily
KimchiDaily

Kpop malay site consists of entertainment news, hot topics related to Korea

Filem adaptasi web novel terkenal “Omniscient Reader” kini menjadi bualan hangat di media sosial malangnya bukan kerana pujian, tetapi disebabkan kritikan pedas daripada penonton.

Antara isu utama yang dibangkitkan ialah penggunaan CGI yang dikatakan kelihatan murah dan tidak selari dengan bajet filem bertaraf bintang.

Satu babak yang menjadi perhatian ramai ialah adegan pertelagahan antara watak lakonan Lee Min-ho dan Ahn Hyo-seop. Babak tersebut sepatutnya menjadi salah satu momen penting yang menonjolkan konflik emosi dan ketegangan, namun sebaliknya dilihat hambar dan tidak realistik. Pergerakan mereka dikatakan kekok, ditambah pula dengan latar CGI yang kelihatan seperti permainan video era lama, menyebabkan ramai peminat asal novel kecewa.

Ada juga penonton yang menasihati orang ramai untuk menurunkan jangkaan sebelum menonton filem ini, agar tidak terlalu mengharap mutu produksi setanding dengan barisan pelakonnya.

Ramai menyuarakan rasa sedih apabila pelakon hebat seperti Lee Min-ho, Ahn Hyo-seop, Chae Soo-bin, dan Jisoo perlu terlibat dalam naskhah yang dirasakan tidak menepati potensi asal cerita. Meskipun dari segi jalan cerita ada elemen menarik, kualiti visual dan pengarahan dilihat gagal memberi impak yang sewajarnya kepada adaptasi yang ditunggu-tunggu ini.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

View Original Article