Mah Sing percepat pembangunan M Legasi bernilai RM3.3 bilion susulan permintaan tinggi pembeli

25 Nov 2026 • 12:45 PM MYT
DagangNews.com
DagangNews.com

Berita bisnes anda

Mah Sing percepat pembangunan M Legasi bernilai RM3.3 bilion susulan permintaan tinggi pembeli Image from: Mah Sing percepat pembangunan M Legasi bernilai RM3.3 bilion susulan permintaan tinggi pembeli sarah25/11/2026 - 12:45 Oleh SARAH NADLIN ROHIM editor@dagangnews.com

KUALA LUMPUR 25 Nov - Mah Sing Group Berhad (Mah Sing) mempercepat pengenalan kawasan kediaman kedua, Adiya, di perbandaran M Legasi bernilai RM3.3 bilion di Semenyih, Selangor, susulan sambutan menggalakkan pembeli terhadap dua fasa pertama pembangunan Impira.

 

Serentak dengan pengenalan Adiya, Mah Sing turut merasmikan pembukaan kompleks rumah contoh M Legasi (M Legasi Show Village), yang membolehkan bakal pembeli melihat sendiri reka bentuk, susun atur kediaman dan suasana kejiranan yang dirancang di perbandaran berkenaan.

 

Kumpulan itu dalam kenyataan hari ini berkata, kadar pengambilan bagi fasa pertama Impira mencapai 98%, diikuti 97% bagi fasa kedua dan 70% bagi fasa ketiga, manakala kerja pembinaan ketiga-tiga fasa berjalan mengikut jadual.

 

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan merangkap Pengarah Eksekutif Mah Sing, Datuk Voon Tin Yow berkata, sambutan terhadap dua fasa pertama Impira memberikan keyakinan kepada kumpulan untuk mempercepat pengenalan kawasan kediaman seterusnya, dengan pembeli menunjukkan minat terhadap rumah bertanah berstatus pegangan bebas dan kemudahan yang memenuhi keperluan harian keluarga.

 

M Legasi mampu menempatkan 18,000 penduduk

M Legasi yang meliputi kawasan seluas 500 ekar dengan anggaran nilai pembangunan kasar (GDV) RM3.3 bilion dibangunkan menerusi tiga kawasan kediaman, iaitu Impira, Adiya dan Embun, dengan kira-kira 4,500 unit rumah yang mampu menempatkan sekitar 18,000 penduduk apabila dihuni sepenuhnya.

 

Adiya yang meliputi kawasan seluas 93 ekar menawarkan rumah teres dua tingkat dengan empat bilik tidur dan empat bilik mandi serta keluasan binaan antara 1,575 hingga 1,802 kaki persegi, selain menampilkan bilik tidur dan bilik mandi yang lebih luas berbanding pembangunan terdahulu.

 

Village Grocer dijangka beroperasi menjelang akhir 2029

Village Grocer bakal menjadi penyewa utama pusat komersial M Legasi dengan ruang peruncitan kira-kira 19,000 kaki persegi dan disasarkan beroperasi menjelang akhir 2029 bagi memenuhi keperluan penduduk M Legasi serta komuniti sekitar Semenyih dan Beranang.

 

Bagi meningkatkan kesalinghubungan jalan raya, Mah Sing turut menerajui projek jejambat Jalan Tasik Kesuma–Jalan Semenyih selepas dilantik Majlis Perbandaran Kajang (MPKj), membabitkan projek penambahbaikan jalan sepanjang kira-kira tiga kilometer dengan kos yang diumumkan sebelum ini sekitar RM52.5 juta serta penyertaan 11 pemaju, termasuk Mah Sing.- DagangNews.com

Terkini standard
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved