
SERDANG: Penganjuran Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia (MAHA) 2026 yang memasuki hari ketujuh mencatatkan kehadiran seramai 2.2 juta pengunjung dengan jumlah kenderaan keluar masuk mencecah 446,000.
Menurut Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu, sepanjang tempoh itu, jumlah jualan juga sudah mencapai RM14 juta.
“Itu belum jumlah yang diperoleh dari sesi business matching, Maha Go Global dan sebagainya.
“Pagi tadi sahaja kita menandatangani memorandum persefahaman ( MoU) dengan nilai lebih daripada RM 7 juta. Daripada jumlah itu, RM 4 juta sahaja untuk perusahaan ikan tuna di Labuan, ia seiring dengan matlamat kita untuk menandatangani MoU melebihi RM8 bilion sepanjang penganjuran MAHA 2026 kali ini,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas merasmikan Program Pemerkasaan Industri Benih Tanaman Negara sempena MAHA 2026 di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS), di sini, hari ini. – UTUSAN
The post MAHA 2026: 2.2 juta pengunjung dicatat pada hari ketujuh appeared first on Utusan Malaysia.





