Mahkamah Tokyo tolak tuntutan unit IHH Healthcare terhadap Daiichi Sankyo

LocalBusiness & Finance
11 Sep 2026 • 9:07 AM MYT
DagangNews.com
DagangNews.com

Berita bisnes anda

Mahkamah Tokyo tolak tuntutan unit IHH Healthcare terhadap Daiichi Sankyo Image from: Mahkamah Tokyo tolak tuntutan unit IHH Healthcare terhadap Daiichi Sankyo hamden11/09/2026 - 09:07

KUALA LUMPUR 11 Sept – Mahkamah Daerah Tokyo menolak semua tuntutan yang dikemukakan Northern TK Venture Pte Ltd (NTK), anak syarikat milik tidak langsung milik penuh IHH Healthcare Bhd, terhadap syarikat farmaseutikal Jepun, Daiichi Sankyo Company Ltd.

 

IHH Healthcare berkata, mahkamah turut memerintahkan NTK menanggung kos prosiding berkenaan.

 

“NTK dengan hormatnya tidak bersetuju dengan keputusan mahkamah dan kekal yakin sepenuhnya terhadap merit pendiriannya,” katanya dalam pemfailan kepada Bursa Malaysia.

 

Menurut IHH Healthcare, NTK kini sedang meneliti keputusan penghakiman itu secara terperinci bersama penasihat undang-undangnya, selain menilai semua remedi undang-undang yang tersedia bagi mendapatkan penyelesaian yang diyakininya wajar.

 

“NTK kekal komited untuk melindungi hak dan kepentingannya secara bersungguh-sungguh melalui setiap saluran undang-undang yang sewajarnya,” katanya.

 

Kumpulan penjagaan kesihatan itu berkata, pihaknya akan membuat pengumuman lanjut sekiranya terdapat sebarang perkembangan material berhubung perkara berkenaan.

 

Sebelum ini, IHH Healthcare berkata NTK menuntut pampasan sehingga 109.3 bilion rupee India (RM5.7 bilion) daripada Daiichi Sankyo berhubung pelaburannya dalam Fortis Healthcare Ltd di India.

 

NTK memfailkan tuntutan tersebut pada Oktober 2023, dengan mendakwa Daiichi Sankyo telah menyebabkan kerugian kepadanya apabila menghalangnya daripada meneruskan tawaran terbuka bagi memperoleh saham tambahan dalam rangkaian hospital India itu pada 2018. - BERNAMA

Terkini featured standard
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved