‘Mahu bentuk gabungan baharu’ keanggotaan Bersatu dalam PN tergugur automatik

LocalPolitics
7 Aug 2026 • 3:59 PM MYT
Scoop.my
Scoop.my

News You Can Use, Investigative Reports, Sports, Videos, and Analysis

Image from: ‘Mahu bentuk gabungan baharu’ keanggotaan Bersatu dalam PN tergugur automatik

KUALA LUMPUR - Keanggotaan Bersatu dalam Perikatan Nasional (PN) tergugur secara automatik selepas presidennya, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan parti itu membentuk gabungan baharu.

Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang berkata, perkara itu adalah berdasarkan kepada perlembagaan PN yang berkait dengan penyertaan dalam gabungan lain.

“Dia sudah membuat kenyataan nak tubuh satu pasukan lain. Dengan sendiri automatik keluar dari PN.

“Ikut perlembagaan bila kita pergi ke parti lain, habislah,’’ katanya.

Pada 17 Julai lalu, Muhyiddin dilaporkan berkata, Bersatu akan membentuk sebuah gabungan baharu yang lebih hebat selepas Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan.

Menurutnya, ia termasuk parti dalam Ikatan Prihatin Rakyat (IPR) antaranya Putra dan Parti Bersepakat Hak Rakyat Malaysia (URIMAI).

"Saya nak berikan gambaran bahawa selepas PRN Negeri Sembilan ini, Bersatu tidak berseorangan lagi.

"Insya-ALLAH kita akan bentuk satu gabungan yang hebat selepas pilihan raya ini,’’ katanya.

Terdahulu, media melaporkan Bersatu Terengganu hampir lumpuh apabila Datuk Razali Idris mengumumkan peletakan jawatan sebagai Ketua Badan Pimpinan negeri.

Razali, yang juga exco kerajaan negeri bagaimanapun tidak mengulas mengenai perletakan jawatan itu.

Beliau dikatakan menghantar surat peletakan jawatan kepada Muhyiddin Yassin pada 16 Julai lalu. - 7 Ogos, 2026

The post ‘Mahu bentuk gabungan baharu’ keanggotaan Bersatu dalam PN tergugur automatik appeared first on Scoop.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved