15,000 penjawat awam laksana Hari Bekerja Hybrid setiap hari – KPPA

8 Aug 2026 • 12:43 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: 15,000 penjawat awam laksana Hari Bekerja Hybrid setiap hari – KPPA

PUTRAJAYA – Seramai 15,000 penjawat awam direkodkan terlibat Hari Bekerja Hibrid (HBH) setiap hari sejak pelaksanaannya bermula pada 1 Ogos lalu.

Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Tan Sri Dr Wan Ahmad Dahlan Abdul Aziz berkata, tempoh pelaksanaan dasar itu masih baharu menyebabkan kerajaan belum dapat membuat penilaian menyeluruh terhadap keberkesanan dasar itu.

Beliau berkata, kerajaan dijangka dapat melihat impak sebenar pelaksanaan dasar HBH selepas tempoh sebulan hingga tiga bulan.

“Setakat ini, setiap hari terdapat kira-kira 15,000 penjawat awam yang melaksanakan HBH.

“Oleh kerana pelaksanaannya masih baharu, kita tidak dapat menilai secara komprehensif lagi. Namun selepas sebulan atau tiga bulan, kita akan dapat melihat impaknya dengan lebih jelas,” katanya ketika ditemui pada program Larian MAPPA XXI Tahun 2026 di sini hari ini.

Katanya, pelaksanaan HBH tidak ditetapkan dalam tempoh tertentu kerana ia merupakan norma baharu dalam dunia pekerjaan yang diamalkan di banyak negara maju. – KOSMO! ONLINE

The post 15,000 penjawat awam laksana Hari Bekerja Hybrid setiap hari – KPPA appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved