
PUTRAJAYA: Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) tidak menerima apa-apa aduan daripada penjawat awam yang didakwa menerima tekanan daripada ahli politik.
Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Tan Sri Dr Wan Ahmad Dahlan Abdul Aziz berkata, beliau pasti setiap penjawat awam memahami peraturan dan etika yang mengikat mereka sepanjang berkhidmat dalam sektor awam.
“Sehingga hari ini kita tidak menerima apa-apa aduan berkaitan dakwaan tersebut dan saya percaya perkara itu tidak akan berlaku,” katanya ketika ditemui pada program Larian MAPPA XXI Tahun 2026 di sini hari ini.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai dakwaan kononnya penjawat awam menerima tekanan daripada pihak tertentu susulan pertembungan politik semasa.
Sebelum ini, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyuarakan kebimbangan susulan wujud tekanan diberikan kepada penjawat awam akibat pertembungan politik semasa.
Menurutnya, beliau memberi jaminan untuk melindungi penjawat awam berkenaan. – UTUSAN
The post Penjawat awam terima tekanan politik: Tiada aduan diterima setakat ini – KPPA appeared first on Utusan Malaysia.






