Mahu memasak, rumah sewa pelajar wanita terbakar

28 Sep 2026 • 5:31 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Mahu memasak, rumah sewa pelajar wanita terbakar

ALOR GAJAH – Sebuah rumah sewa yang didiami pelajar wanita di Bukit Tambun Perdana di sini terbakar selepas seorang penghuni berusia 23 tahun cuba menghidupkan dapur gas untuk memasak, hari ini.

Ketua Zon 2 Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Melaka, Tc. Zulkhairani Ramli berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 1.44 petang sebelum sembilan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Alor Gajah dikejarkan ke lokasi.

“Setibanya di tempat kejadian, didapati benar berlaku kebakaran rumah teres jenis kekal dua tingkat melibatkan bahagian dapur. Operasi pemadaman dilakukan menggunakan satu aliran satu pancutan sepanjang 100 kaki dan api berjaya dikawal pada pukul 2.28 petang sebelum tamat sepenuhnya pada pukul 2.55 petang,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut beliau, pasukan turut menerima bantuan daripada anggota BBP Ayer Keroh sepanjang operasi berkenaan.

Mengulas lanjut beliau berkata, kebakaran dipercayai berlaku selepas pelajar berkenaan cuba menghidupkan dapur gas untuk memasak.

Katanya, pelajar itu memutar tombol dapur memasak di sebelah kiri, namun tiada nyalaan api sebelum tombol berkenaan dibiarkan dalam keadaan tersebut sementara dia membeli tong gas baharu.

“Tong gas baharu kemudian dipasang bersama regulator sebelum pelajar berkenaan cuba membuat nyalaan menggunakan tombol dapur memasak di sebelah kanan. Bagaimanapun, berlaku sambaran kuat yang dipercayai akibat baki gas yang masih terdapat pada dapur sebelum api membakar bahan mudah terbakar di bahagian dapur rumah,” katanya.

Beliau berkata, pelajar berkenaan yang panik terus bergegas keluar dari rumah sebelum menghubungi pihak bomba. – KOSMO! ONLINE

The post Mahu memasak, rumah sewa pelajar wanita terbakar appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved