Makin Banyak Pilihan Tempat Makan, Burger King Bakal Dibuka Di Airport Kuching

20 May 2023 • 5:26 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Burger King di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching.

Makin Banyak Pilihan Tempat Makan, Burger King Bakal Dibuka Di Airport Kuching. Antara tempat yang paling terkesan akibat Covid adalah Lapangan Terbang kerana tempat ini memang tiada pengunjung gara-gara semua pintu masuk negeri atau negara yang telah ditutup.

Setelah negara kita kian pulih daripada serangan Covid, Lapangan Terbang kita juga dilihat semakin hari semakin pulih. Airport Kuching kini makin meriah dengan pelancong dan kedai makan di sini pula makin meriah.

image is not available
Makin Banyak Pilihan Tempat Makan, Burger King Bakal Dibuka Di Airport Kuching

Burger King bakal buka di Airport Kuching

Restoran makanan segera kegemaran ramai, Burger King bakal membuka satu lagi cawangannya di Bumi Kenyalang bertempat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching.

Outlet Burger King ini bakal dibuka di Balai Berlepas Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching, menggantikan Premium Lounge Area.

image is not available

Menu pantas dan lazat sesuai untuk yang melakukan penerbangan

Jika anda inginkan makanan segera yang pantas, lazat dan mengenyangkan, Burger King ini adalah salah satu pilihan yang sesuai untuk anda.

Jadi, buat anda yang bakal melakukan penerbangan di Airport Kuching nanti, bolehlah anda menikmati burger enak dari Burger King sebelum melakukan penerbangan anda.

Lagi tempat makan menarik di Airport Kuching untuk anda di sini: